Monday, June 10, 2013

STRAWBERRY PANNA COTTA

ASSALAMUALAIKUM...


Dengan satu resipi, boleh menghasilkan pelbagai dessert yg enak... Nyaman masuk anak tekak tambah lg kalau di waktu panas terik maupun utk berbuka puasa. Tapi kalau bercadang nak buat utk berbuka puasa, sila buat awal ya, seeloknya disebelah pagi atau malam sebelumnya sbb panna cotta ni amik masa yg agak lama utk set. Teksturnya seakan dadih, lemak berkrim (tambah lg kalau menggunakan whipping cream), sangat ngam jika digandingkan dgn puri buahan yg masam2. Kalau nak guna buah mangga, cuba cari yg kurang manis (lebih kepada mangga yg sedikit masam). Dan kalau nak guna dragon fruit (pittaya) jgn lupa perahkan sedikit limau kasturi/nipis. Insyaallah lagi mantop rasanya nanti.. ^__^



STRAWBERRY PANNA COTTA II
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Gert@KitchenSnippets


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan heavy cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree strawberi :
10 bj strawberi
2 - 3 sudu kecil gula

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, heavy cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree strawberi.
Blend/mashed buah strawberi, kemudian masukkan gula.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum digunakan.
Utk menghidang, tuangkan puree strawberi ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.

*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree buah sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih.