Wednesday, July 31, 2013

BUBUR PULUT HITAM SPECIAL

ASSALAMUALAIKUM...

Mekasih buat pengunjung SGNor67 yg sentiasa berkunjung utk mencari idea memasak di bulan Ramadhan juga diwaktu2 atau bulan2 yg lain.. Semoga perkongsian di blog tak seberapa ni dapat memberi manafaat sesama kita semua.. Insyaallah..


Meh la layan mata, dessert kegemaran Cik Abg ni. Memang minat sungguh dia kalau dgn Bubur Pulut Hitam ni, mengatasi Bubur Kacang walaupun diletakkan durian, buah pebretnya tu. Anak dara pun dah terikut sama, sukakan Bubur Pulut Hitam. Kebetulan dlm freezer ada aiskrim, jadi K.Nor letak jer la dlm Bubur Pulut Hitam ni. Makin bertambah sedap ler, bila ngap Bubur Pulut Hitam yg disulami dgn aiskrim ni. Sebab tu K.Nor bagi nama BUBUR PULUT HITAM SPECIAL Dah ada yg try buat gini tak sebelum ni? Idea letak aiskrim ni datang spontan jer ya.. Rasanya tak pernah tengok lg kat mana2 blog atau page di fb yg buat gini. Kalau ada, sori la.. mmg secara kebetulan la ni.. 


Kalau nak buat Bubur Pulut Hitam menggunakan resipi sendiri atau resipi yg dah biasa cuba pun tak ada masalah.. Cuma letakkan 1 -2 scoop aiskrim dlm mangkuk bubur yg nak dihidangkan tu... Lepas tu, nikmatilah keenakkan dessert tradisional yg di upgradekan sket ni hehe

BUBUR PULUT HITAM SPECIAL 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
aiskrim secukupnya

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Biarkan bubur suam2 sedikit, kemudian isikan ke dalam mangkuk hidangan.
Letakkan 1 - 2 sudu/scoop aiskrim diatasnya.
Sedia utk dinikmati...


Tuesday, July 30, 2013

NASI PILAF

ASSALAMUALAIKUM..

Seperti yg dijanjikan semalam, ini la dia nasi berperisa yg K.Nor gandingkan dgn menu ayam yg saaaaaaaangat sedap iaitu BALTI CHILI CHICKEN. Gandingan yg sangat2 mantop, tak terkata kesedapannya.. K.Nor hanya masak dua menu ni aje, NASI PILAF dan BALTI CHILI CHICKEN tu, tanpa menu sampingan spt acar, ianya dah cukup sedap dan menyelerakan. 


Resipi Nasi Pilaf ni K.Nor ambil dr buku 50 Hidangan Penambat Selera oleh Chef Hanieliza. Resipi yg simple tp cukup sedap bila digandingkan dgn Balti Chili Chiken yg penuh rasa dan aroma rempah tu. Memang berselera anak2 dan Cik Abg bila berbuka dgn menu ni baru2 ni. Alhamdulillah... ni lah keseornokan memasak, dikurniakan keberkatan Allah, terutamanya bila kita menyediakan masakan utk keluarga yg tersayang, tambah lagi di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini..

K.Liza, izinkan Nor kongsikan resipi Nasi Pilaf tu kat sini ya.. Mekasih...

NASI PILAF
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1 cawan kacang pis ~ k.nor skip
1/2 cawan kismis
50 gm bawang goreng
1 pokok daun ketumbar ~ dipotong
5 tangkai daun pudin ~ dipotong
1/2 cawan gajus goreng
garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan):
1 in kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun pandan ~ dikoyak dan disimpul
1 labu bawang besar ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 1 jam.
Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
Masukkan air, susu cair, beras dan garam.
Masak lah seperti nasi biasa sehingga kering.
Taburkan kacang pis, daun ketumbar, daun pudina, kismis, bawang goreng dan kacang gajus.
Sedia utk dihidangkan.


Monday, July 29, 2013

BALTI CHILI CHICKEN

ASSALAMUALAIKUM...

Baru plan nak ngarang panjang2 sket tp terbantut kes dpt panggilan telefon yg nak ermmm... tak yah cakap la ek.. kita simpan dulu hal tu.. So kita terus pd masakan kali ni..

Disebabkan masa yg tak mengizinkan, K.Nor terpaksa share resipi ayam jer la dulu. Kalau ikutkan ada nasi special yg K.Nor gandingkan dgn ayam ni tp kena buat entri lain la pulak. Tak sempat nak menaip resipi tu dr buku masakan yg K.Nor cuba tu. Harap maaf dan harap dpt bersabar ya.. Kalau diiznkan, K.Nor akan cuba masukkan entri tu ptg ni.. Kalau tak, esok aje la ya.. ^__^



Resipi ayam kali ni mmg osemmmmmmmmm sgt2.. Memang mabeles, memang menjilat jari tau. Tambah lg bila digandingkan dgn nasi berperisa yg K.Nor buat tu. Berbaloi2 mencuba resipi yg K.Nor dpt dari blog Ayu S'pore ni. Sangat2 yummyyyy! Kalau nak masak dan gandingkan dgn nasi putih pun ok, dgn nasi tomato pun ok gak, insyaallah.. Nasi berperisa lain spt Nasi Ketumbar, Nasi Serai pun boleh.. no problemo.. Kita yg buat dia kan.. insyaallah tetap menjadi gandingan yg mantop.. 

Mekasih Ayu, berkongsi resipi BALTI CHILI CHICKEN yg sgt2 sedap ni.. Dan kepada pengunjung SGNor67, sila la buat.. mmg recommended! :) 


BALTI CHILI CHICKEN
Adapted & Sources:-From Shehzad Husain via My Favourite Recipes
sumber : Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Ingredients
1 whole chicken, skinned and cut into pieces
1 tbsp ginger paste +1 tbsp garlic paste
2 tbsp chilli powder
1 tbsp turmeric powder
salt & seasoning to taste
5 lime juice

(Marinate them and put aside.)

11/2 tbsp ground coriander
1 tsp cumin seeds powder
8 large fresh green chillies sliced slantly
2 medium onions,diced
3 garlics chopped
1 tbsp lime juice
4 curry leaves
1 tbsp roughly chopped fresh coriander
2 tomatoes cut to wedges
water to estimate or depends on how much gravy needed

Method
Heat the oil and fry the marinated chicken till cooked, but not till crispy. Drained chicken. Using the same oil pour some away if oil is too much. Lower the heat slightly and add the sliced green chillies. Fry until the skins start to change colour.
Add in diced onion,chopped garlics, curry leaves, ground coriander, cumin powder, salt & seasoning, and fry for a few seconds, stirring continuously. Add some water if mixture is too dry.
Add in back the chicken pieces and stir-fry for 7 - 10 minutes, or until the chicken is incorporated with gravy.Add tomatoes, add more water if needed. Stir well.
Sprinkle on the lime juice and add in coriander leaves.
Add the tomatoes mix all, ready to serve with naan or paratha. Ayu just served with plain white rice.

(sori la ya, K.Nor tak sempat nak translate.. nak kejar masa ni :)


Friday, July 26, 2013

BUAH MELAKA @ ONDE2

ASSALAMUALAIKUM...

Kuih ni hero bongsu yg request masa balik minggu lepas. Kalau ikutkan nak beli jer kat Pasar Ramadhan tp nak ke PR kalau setakat nak beli 1 benda jer rasanya baik takyah gi. Nanti banyak pulak yg ikut balik hehe.. Lagipun kalau beli, belum tentu dpt yg kena dgn selera kita kan. Dan kalau buat sendiri boleh buat lebih sket, anak2 puas hati ngap. 

Masa menggugel cari resipi Onde2, terjumpa resipi kat dapur Yatie Memories tp menggunakan nama Buah Melaka. Sama jer tu bendanya atau kuihnya cuma panggilan jer berbeza di setengah2 tempat. Yati dpt resipi dari Dapur Lovely Kitchen milik Ena. Sebelum ni Ena, stay Jepun, bila balik Malaysia suka tengok dia update kisah dia berkebun dan citer terbaru, dia baru melahirkan anak ke 4, seorang puteri pada bulan Mei baru2 ni.. Tahniah Ena.. 



Kalau ikutkan resipi Ena ni, diberi nama BUAH MELAKA PANCAWARNA sbb Ena buat Buah Melaka dgn pelbagai warna. Yatie pun buat pelbgai warna gak tp K.Nor kurang kerajinan nak buat banyak2 warna ni. K.Nor hanya guna pewarna hijau dan blend pandan yg tumbuh merimbun tu utk dptkan air dan perisa pandan ori. Alhamdulillah.. mmg sedap Buah Melaka yg dihasilkan menggunakan resipi Ena ni. 

Kepada Ena dan Yatie, mekasih banyak2 ya, K.Nor share resipi tu kat sini lak utk rujukan di masa depan.. 


BUAH MELAKA PANCAWARNA 
sumber : YatieMemories & K.Nor

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah ~ k.nor hanya buat 1 warna jer (hijau)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...


Thursday, July 25, 2013

AYAM SAMBAL CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM....

Menu yg agak simple jer kali ni, bahan2 simple dan penyediaannya pun simple. Tapi... Insyaallah sedap! Idea nak buat menu ni datangnya dari K.Noor Saffone bila tengok dia tayang masakan ayamnya kat fb beberapa hari lepas. K.Nor cuba selongkar dapur K.Noor utk cari resipi tu tp tak jumpa. Jadi K.Nor mintak K.Noor 'pm'kan resipi tp kata K.Noor dia main campak2 jer. K.Noor cuma bagi bahan2 apa yg dia gunakan dan cara memasaknya secara ringkas. So K.Nor kena pandai2 la ejjas sukatan bahan dan cara masak yg lebih detail utk dijadikan satu resipi lengkap utk panduan org lain lak kan.. Tak adalah susah sgt pun sbb masakan tu mmg simple jer pun... Alhamdulillah.. ptg semalam K.Nor pun godek la masakan ni sbb dah kebuntuan idea nak masak utk berbuka. Bila pekena dgn nasi panas2, mmg sedap la.. sendiri punya bakul, sendiri mau angkat la kan.. kalau tak sapa mau tulun angkat .. heeeeee......


Bila nak taip tajuk resipi, teringat yg pernah buat dulu satu resipi dgn nama yg sama AYAM GORENG CILI PADI. Jadi kena la ubah sket nama masakan ni kan, untuk membezakan antara keduanya. Jadi K.Nor bagi nama AYAM SAMBAL CILI PADI. Harap K.Noor Saffone tak keberatan sebab dah Nor tukar nama resipi ni ya.. Mekasih banyak2 K.Noor, atas pengongsian resipi ayam tu, walaupun secara ringkas. Semoga ia dapat memberi manafaat buat semua.. insyaallah...

AYAM SAMBAL CILI PADI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : K.Noor Saffone

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~ Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng hingga masak (jgn terlalu garing).
Angkat dan ketepikan.

Bahan utk sambal:
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/2 in kunyit hidup *
7 - 10 bj cii padi (jenis panjang)  *
1 biji cili merah *
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 sudu kicap manis
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil sos ikan ~ optional
garam dan gula
minyak

Cara:
Kisar kasar/tumbuk bahan bertanda *.
Tinggalkan lebih kurang 4 - 5 sudu besar minyak lebihan goreng ayam dlm kuali dan panaskan.
Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi hingga wangi.
Masukkan bawang besar, kicap manis, sos cili dan sos ikan. Kacau.
Masak seketika dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan kacau rata.
Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
Bolehlah diangkat dah dihidangkan bersama nasi putih.


Wednesday, July 24, 2013

STRAWBERRY TIRAMISU.. again...

ASSALAMUALAIKUM..

Sesekali lari dari kebiasaan, tak salah kan.. Kalau selalunya time berbuka nak berbuka dgn menu/dessert tradisional, apa kata kita tukar ke versi omputih.. hehehe.. Menu atau selera jer bertukar, mata tak bertukar pun dari coklat/perang ke hijau atau biru kan.. 


Kalau bab Tiramisu, mmg tak perlu ckp banyak.. memang nyamannnnn :)



STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan untuk syrup: 
150 g strawberi filling
80 ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ k.nor gantikan dgn kiwi utk hiasan
1 bekas kecik (135gm) natural yogurt ~ k.nor tambah

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese (masukkan sekali yogurt) Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.


* K.Nor guna 250 gm non dairy whipping cream
** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

Tuesday, July 23, 2013

NASI KAROT & AYAM TAMBATAN HATI

ASSALAMUALAIKUM...

Menu minggu lepas ni ya.. masa anak2 ada kat rumah, wiken baru2 ni. Memang dah plan nak buat nasi ni dr pagi tu lagi.. dah siap turunkan ayam dr freezer. Tengahari tu duk buat dessert jadi tak prepare awal2 la bahan nak masak menu ni. Lepas Asar bila nak start masak, ada tetamu dtg ke rumah. Duk layan sembang, hampir pukul 6ptg baru beransur pulang. Apa lagi, kelam kabut ler nak masak masa tu. Kalau nasi putih aje, mudah sgt kerja, masukkan dlm rice cooker, tinggalkan dan boleh masak lauk. Tapi bila dah setkan awal2 nak masak nasi berperisa, kena la buat jugak. TIme anak2 ada ni boleh la buat menu spesel sket kan :)


Pastu mula la tak baca betul2 resipi. Nasi yg perlukan daging cincang, dah tak letak la pulak (daging kisar ada jer dlm freezer tp lambat lak nak defrost kan). Dah la skip part daging cincang, keadah masak pun jd cincai jer. Main tumis mcm masak nasi berperisa lain. Dah taksempat nk ikut step by step yg diperlukan dlm resipi. Cili hijau K.Nor pulak tak sempat nak tumbuk, main hiris2 jer hehehe.. Adehhh.. mmg bersilat betul masa tu kat dapur, takut tak sempat nasi/lauk masak sebelum masuk waktu berbuka. Kesian kat anak2 yg lapar kan.. Tak perlah.. teknik jer lain, tp Alhamdulillah.. rasa nasi tu tetap sedap (walaupun terlembik sedikit sbb nasi masak dh dekat waktu berbuka, nasi pun panas2 lagi, tak sempat nak berderai) Tengok gambar tu, nasi ku posing bersahaja jer, tak ada hiasan langsung.. haha.. nak cpt punya pasal.. Ampun Kak Nah deh.. hilang seri NASI KAROT  Kak Nah ni.. :)


Bagi lauk gandingan dgn Nasi Karot ni, K.Nor buat AYAM TAMBATAN HATI, resipi dari dapur IBUNDO@K.PAH... K.Nor ada tambah sket bahan2 dlm tu (biasa ler, kalau tak derhaka tak sah namanya kan.. hehe), ikut selera si tukang masak. Maaf ya K.Pah.. apapun, mmg sedap ayam tu, anak2 duk meratah jer.. Kiranya mmg gandingan yg mantop ler dua menu ni.. Oppss.. tak lupa K.Nor buatkan Acar Mentah utk digandingkan bersama 2 menu ni.. ehh silap.. Anak dara yg buat, sementara mak dara duk memasak nasi dan lauk ayam hehehhe

NASI KAROT & DAGING CINCANG
resipi : Kak CManggis
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi-(rendam selama 1/2 jam atau paling lama 1 jam dengan sedikit serbuk kunyit.)
1/2 tin susu cair.
1 inci halia-tumbuk halus.
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus
1/2 labu bawang besar.-dadu
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1/2 tbsp garam.
Sedikit minyak jagung untuk menumis
2 tangkai cili hijau.-tumbuk kasar
150 gm daging cincang.
1 tangkai daun ketmbar.
1/2 biji karot -parut kasar
1 ketul kiub ayam maggi(optional)

Cara-caranya:
Panaskan 6 cawan air hingga mendidih.Masukkan 1/2 tbsp garam dan 2 tbsp minyak jagung..
Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
Toskan beras dan ketepikan.
Panaskan minyak jagung dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bawang besar ,cili hijau dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi .Tumis hingga naik baunya.Masukkan daging cincang.Masak sehingga daging empuk.
Masukkan beras dan gaul perlahan lahan agar sebati rempah rempahnya.Kemudian masukkan kiub ayam.
Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sekejap atas api kemudian masukkan daun ketumbar dan parutan karot.
Pindah beras kedalam pengukus dan kukus hingga nasi masak dan lembut.
Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging, telur rebus dan acar rampai.Selamat mencuba:)


AYAM TAMBATAN HATI
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu kecil serbuk lada sulah ~ k.nor skip sbb dah letak cili mesin
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan susu cair ~ k.nor letak 1/2 cawan jer
1 cawan air
1 sudu besar jus lemon ~ k.nor gantikan dgn 3 sudu besar sos tomato

Cara:
1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.


5. Masak sehingga kuah agak pekat.



Monday, July 22, 2013

UDANG GORENG TELUR MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap kali kalau dapat rembat udang besar sket kat pasar mesti nak buat Butter Prawn. Tapi kali ni, K.Nor ubah haluan sket, K.Nor nak try resipi yg dari Zila4ever ni yg asalnya merupakan KETAM GORENG TELUR MASIN. Dah lama simpan resipi Zila ni tp mmg tak aim pun nak buat guna ketam, almaklum ler, nak makan/perisi ketam tu amik masa dan leceh sket. Tambah lagi time berbuka tak leh nak main2 dgn masa.. Jadi K.Nor ubahsuai atau nama lainnya olah resipi Zila yg menggunakan ketam ni kepada udang. Maaf  Zila.. Jgn marah ya.. apapun, mmg best masakan ni. Bahan2 yg digunakan dan kaedah memasaknya seakan Butter Prawn cuma part jurai2 telur tu digantikan dgn telur masin yg dihancurkan.. Memang yummy sungguh bila dimakan dgn nasi panas2..  Mekasih Zila, mmg sedap ! 


Jom sapa2 yg belum menerai resipi Zila ni, bagi yg nak guna resipi asal boleh klik link kat atas atau bawah ni ya.. Bagi yg nak guna udang boleh try resipi yg K.Nor dah olah dibawah..


UDANG GORENG TELUR MASIN
resipi asal  : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin)
diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.


Friday, July 19, 2013

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama betul tak buat menu ni.. Kebetulan smlm ke pasar tani, sempat merembat 3 ekor ikan talapia, ikan kegemaran hero bongsu. Bulan Ramadhan ni, insyaalllah tiap2 weekend dia dan Aisyah balik cuti utk berbuka. Biasalah di bulan Ramadhan, kelonggaran sket utk balik hujung minggu bagi pelajar asrama. 


Selalunya kalau beli talapia, K.Nor suka goreng garam kunyit jer selain dr dibuat 3 rasa. Memang sedap, insyaallah berselera Luqman makan, siap meratah2 ikan. Tiada yg menggembirakan hati sorang ibu bila melihat anak2 makan dgn penuh selera kan.. tambah lagi kalau duk asrama, balik sesekali mesti nak makan menu kegemaran dia org kan..


K.Nor tukar sket nama tajuk menu yg asalnya IKAN GORENG DLM SOS DAUN LIMAU PURUT. Resipi dari buku Masakan Thai yg pernah K.Nor kongsikan beberapa kali sebelum ni.. Senang cakap, rasanya sangat sedap, menyelerakan... Ada rasa masam2, pedas dan sedikit manis, dgn aroma daun limau purut.. Cuba la.. tak cuba mana nak tau kan.. Bagi yg dah pernah cuba dulu2 tu, pasti masih teringat keenakkan masakan ni kan.. :)

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 ekor ikan talapia ~ boleh guna ikan bawal, tenggiri, siakap, kerapu
1/4 cawan tepung serbaguna ~ jika tiada boleh gantikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara:
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


Thursday, July 18, 2013

MAJALAH MUKMINAH, Generasi Srikandi Bertakwa

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni nak lari dr topik sket ya.. Sikit jer tak banyak tp masih gak berkisar bab masakan atau menu yg boleh dibuat di bulan Ramadhan ni.. Insyaallah..


MUKMINAH... satu majalah Islamik terbaru di pasaran, terbitan PSN PUBLICATION. Majalah ni dah masuk edisi ke 2, Edisi kedua ni merupakan edisi Ramadhan, bulan penuh keberkatan buat org Islam dan resipi2 yg K.Nor sumbangkan pun menjadi pilihan pihak majalah utk dimuatkan sebagai Istimewa Ramadhan...Alhamdulillah, dgn peluang yg diberi untuk muncul dlm edisi berharga ini. Mungkin ramai yg belum tau mengenai Majalah MUKMINAH ni kan. Masa mula2 K.Nor dilamar utk menyertai ruangan resipi majalah ni, majalah ni masih belum diterbitkan. Masih dlm proses utk menerbitkan edisi sulungnya. Alhamdulillah, Azlita Masam Manis telah diberi peluang utk muncul dlm edisi pertama tu ... Tahniah Ita... :)

Majalah ni sangat bagus pengisiannya, kalau K.Nor nak bercerita satu persatu mungkin amik masa yg panjang. Jadi K.Nor sarankan pd teman2, adik kakak pengunjung SecubitGaram utk dapatkan majalah ni di kedai2 buku berhampiran. Apa salahnya kita isikan rumah kita dgn majalah2 Islamik selain dr majalah resipi aje kan..hehe Insyaallah ada manafaat dan kebaikan yg akan kita perolehi dr Majalah MUKMINAH ni.. K.Nor kali ni bukan promote majalah ni sbb adanya resipi2 dari SecubitGaram tp K.Nor lebih suka utk promote majalah ni agar lebih ramai yg mengetahui kewujudannya, kelebihan dan kebaikan yg terkandung dlmnya.. Kalau kita tak sokong majalah Islamik gini, sapa lagi kan.. Lagipun SecubitGaram dah cukup pemes kut.. kang kalau terover pemes susah tuan blog nak low profile lagi hehehehe... 


Kita close up sket wajah cover depan Majalah MUKMINAH edisi kedua ni ya.. Kalau yg edisi sulung dulu wajah Prof Dr. Muhaya, kali ni wajah Heliza.. Ya rabbi, cantik dan manis sungguh anak dara Tganu nih.. Berseri2 wajah, disinari cahaya atau nur dari Ilahi.. tambah lagi dgn jambungan bunga ros dan mutiara.. mmg cantik sgt cover majalah kali ni.. Tak puas K.Nor menatapnya tau.. hehehe.. Terharu bila sumbangan kita berada di dalamnya, dgn cover yg sangat cantik gini.. Terasa juga diriku turut berharga heeeee....

Jom kita layan resipi2 yg keluar ruangan Resipi Majalah MUKMINAH, Generasi Srikandi Bertakwa..





Sila klik gambar utk paparan yg lebih jelas :)

Kepada Nik Amni Nik Hassan, org yg menjadi perantaraan antara MUKMINAH dgn K.Nor, juga buat editornya PUAN ZULZILA DZULKEFLI yg masih mengingati K.Nor, K.Nor ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian melamar SecubitGaram utk menyertai dlm ruangan Resipi Majalah MUKMINAH edisi kedua ni. K.Nor doakan semoga Majalah MUKMINAH akan terus berjaya dgn cemerlang, sebaris dgn majalah2 yg ternama di pasaran.. Insyaallah... 

JOM DAPATKAN MUKMINAH... ^___^


Tuesday, July 16, 2013

IKAN MASAK CUKA

ASSALAMUALAIKUM...

Di bulan puasa ni kalau pekena luak yg masam2 pedas memang menyelerakan dan laju menyuap nasi kan.. Tapi sesekali kena gak menggulai, masak kari sbb sedap gak bila kena dgn gandingannya tu.. Apapun, menu kali ni cukup ringkas, mudah disediakan dan insyaallah menyelerakan..

Lintas langsung dr dlm kuali ^____^

IKAN MASAK CUKA ni, K.Nor buat menggunakan ikan tongkol atau ikan aya.. Memang pebret K.Nor dan Cik Abe kalau ikan ni. Kalau yg nak tukar guna ikan lain pun boleh spt ikan tenggiri, ikan kembung, ikan kerisi pun sedap. K.Nor buat versi berkuah sket ni ya, kalau yg tak suka berkuah sgt boleh kurangkan sukatan air dan kurangkan juga sukatan cuka yg digunakan supaya tak terlalu masam.. Selamat mencuba ya..

IKAN MASAK CUKA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.


Monday, July 15, 2013

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih pd Cida@Denuanza yg banyak membantu K.Nor dlm menghasilkan menu kali ni, AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN. Ni la kali pertama K.Nor bakar ayam panggang  secara sekor yg duk pusing2 dlm oven hehee...  Selama ni guna oven yg tak ada fungsi rotisserie, jd K.Nor selalunya potong dua ayam atau guna part2 yg tertentu jer. Bila dah ada oven yg ada function rotisserie ni, mesti la nak mencuba kan.. Memang totally blurr bila nak bakar ayam guna function ni. Jadi jalan paling baik, bertanya pd org yg biasa guna. org kata 'tak bertanya, nanti sesat jalan' kan.. Kebetulan masa nak rembat oven aritu, Cida ada cakap dia suka guna oven tu utk panggang ayam, jd K.Nor inbox dia dan bertanya kaedah menggunakannya.. Alhamdulillah.. dpt ilmu yg diperlukan, dpt menghasilkan menu ayam panggang yg enak, juicy dan disukai suami dan anak2. Itu adalah satu kepuasan bg sorang ibu/isteri kan.. Cuma yg K.Nor tertanya sket, masa proses memanggang tu, perlu atau tidak utk on kipas? Ada sapa2 yg boleh bantu? TQ in advance ^__^



Seronok tengok ayam tu duk berpusing2 dlm oven. Utk menghasilkan ayam panggang yg sopan, jgn lupa ikat kaki dan kepaknya dgn tali, supaya tak terkangkang masa proses memanggang.. Huduh sgt wehh kalau kaki ayam tu terkangkang.. Tak senonoh kan.. hihihi  


Di bawah ni K.Nor letak sekali lg resipi AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN (yg dah diolah sedikit dr resipi yg sebelum ni). Kali ni K.Nor guna daun rosemary fresh (akhirnya, setelah pokok yg 3 baru la rosemary K.Nor hidup. pokok yg dibeli Along masa ke CH baru2 ni. dah 2 pokok menjadi arwah, lepas seminggu dibawa balik dr CH.. sayang betul.. nak buat camana... tak kena cara penjagaan dan tempat meletak pokok tu sebelum ni.. kali ni K.Nor letak dlm rumah, jauh dr kawawan cahaya matahari yg kuat dan penyiraman pun sekali sehari jer.. ALHAMDULILLAH.. senang hati bila tengok rosemary dan parsley hidup dgn baik.. ) Bagi yg tak ada rosemary fresh boleh guna rosemary kering ya.. Dan utk yg nak panggang ayam cara biasa (bukan rotisserie) boleh refer pd entri INI.

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam 
2 tangkai daun rosemary fresh ~ boleh guna rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis/kasturi
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

Cara
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati. 
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam. 
Panaskan oven 200 - 220C.
Cucuk ayam pd rotisserie fork dan ikat kaki dan kepak ayam dgn tali dgn kemas.
Masukkan ayam dlm oven dan bakar (menggunakan function rotisserie) selama 1 jam atau sehingga masak (bergantung pd saiz ayam)
Sementara menunggu ayam masak, masukkan kentang, carrot, bawang besar dan lebihan bahan perapan serta sedikit air dlm periuk kecil dan masak sehingga kentang empuk.
Apabila ayam masak, hidangkan bersama kentang dan carrot.


# kentang, carrot dan bawang besar boleh juga dibakar bersama ayam semasa proses memanggang ayam. 
letakkan bahan2 ni atas tray/dulang yg telah dilapik dgn 2 keping aluminium foil (dibawah ayam)

## lg lama ayam ni diperap lg baik. k.nor perap ayam waktu paginya dan bakar sebelah petang (utk berbuka).. dgn ni bahan perapan lebih mesra dan menyerap dgn elok pada ayam.. 

### kalau oven tak ada function rotisserie boleh bakar spt biasa, alas dulang dgn aluminium foil dan bakar dgn suhu yg sama sehingga masak.. sesekali keluarkan ayam dan curah2 atas ayam dgn minyak yg keluar dr ayam masa dlm proses memanggang..


Sunday, July 14, 2013

PUDING COKLAT SOS KASTARD

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. cuaca yg dingin walau dah tengahari, disebabkan semalan hujan turun dgn agak lebat disertai dgn ribut yg boleh tahan kuatnya.. Selamat satu tugas rutin pagi2, iaitu siram pokok.. hehe.. Hujan berkat kan, turun pula di bulan Ramadhan, bulan yg penuh baraqah... Alhamdulillah..

Menu kali ni, masih lagi mengenai dessert, PUDING COKLAT SOS KASTARD. Puding kegemaran Aisyah dan Luqman. Sempat la K.Nor buat masa dia org berbuka dua hari lepas kat rumah sebelum pulang semua ke asrama smlm. Insyaallah bulan Ramadhan ni, dia org berdua akan sentiasa pulang pd hujung minggu. Rindu masakan si emak, kata Luqman :)


Memang dah acapkali K.Nor buat puding yg sedap dari dapur Dayang Jack ni. Ni pun dtg idea bila tengok Dayang post awal puasa baru2 ni. K.Nor sharekan sekali lg resipinya kat bawah utk mudahkan bg yg nak mencuba buat ya..

PUDING COKLAT SOS KASTARD 
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

Friday, July 12, 2013

PUDING KARAMEL IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Ramadhan tak lengkap rasanya jika tak buat Puding Karamel, puding kesukaan anak2. Memang dah jd kemestian tiap kali Ramadhan mesti buat puding ni. Takper la.. bukan susah mana pun, kebiasaannya bahan2 yg digunakan sememangnya ada di dapur. Tapi kena buat belah pagi la, baru best bila dah disejukkan dlm peti ais sebelum makan, kan.. Kalau tak sejuk tak syok :)


Resipi hasil olahan, hasil godekkan berpandukan pada beberapa resipi yg dah dicuba selama ni. Alhamdulillah.. hasilnya tak mengecewakan.. sangat menepati citarasa anak tekak seisi keluarga terutamanya si tukang buat. Dan utk membezakan resipi Puding Karamel yg terdapat banyak di laman2 web juga yg dah pernah dicuba di dalam SecubitGaram ni, K.Nor tambah sket nama surat beranak dia ya.. ^____^


PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..

Thursday, July 11, 2013

RENDANG AYAM CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM...

Pertamanya, hendak mengucapkan syukur pada ke hadrat Ilahi atas rahmat dan keberkatan yg dikurniakan pada K.Nor sekeluarga, kembali dpt bertemu dgn Ramadhan 1434H. Terasa begitu pantas masa berlalu, telah setahun menjalani kehidupan sbg 'org kampung', di tengah padang bertemankan kerbau lembu hehe.. ALHAMDULILLAH.. Bersyukur juga, bila di awal Ramadhan kali ni, sesuatu yg tak pernah diduga, tak pernah dirancang lebih awal.. ukhwah yg terputus sekian lama dapat disambung balik dengan baik. Semuanya dengan rahmat Allah yg tak pernah dijangkakan..Hanya pada mu ku panjatkan kesyukuran ya Allah.. Tiada tuhan yg maha agung,yg benar2 layak disembah, selain Mu ya Allah..ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... Kepada yg berkenaan, terima kasih setulus ikhlas dari lubuk hati K.Nor.. 

Tak semestinya raya jer boleh merendang.. kan :)


Menu yg dah lama terperam dlm folder. Resipi yg diambil dari dapur Cik Manggis @ K.Nah, menjadi menu iftar di hari pertama Ramadhan buat sang suami dan hero sulong. K.Nor buat 1/2 ekor ayam jer, tu pun masih berbaki sbb dia org ni tak makan nasi time sahur. K.Nor pulak berbuka dgn semangkuk BUBUR LAMBUK dan segelas kopi panas jer. Biasalah kan, bila tak sihat ni, mulut tak terasa nak makan makanan yg berat. Lagi pun dah lama tak makan Bubur Lambuk. Tahun ni kena buat awal2, kalau tak jadi macam tahun lepas, tak sempat nak buat bila duk tangguh2 sampai la abis Ramadhan. Dalam tak sihat digagahkan jugak merendang sbb bahan2 dah dibeli kat pasar pagi tu. Dengan hidung yg duk mengalir air limpahan yg tak terkawal, ulang2 bersin lagi.. rasanya abis sekotak tisu yg 200 helai tu.. hehee Hidung pun dah sama naik melecet. Ujian di awal Ramadhan.. Alhamdulillah.. pagi ni dah semakin pulih, hidung pun dah kembali clear, lepas pekena ubat selepas berbuka dan sebelum beradu..


Mekasih K.Nah atas perkongsian resipi rendang yg sedap ni (feedback dr ke dua2 hero tu, sedap rendang ni K.Nah). Tak pernah pulak buat rendang letak daun salam. Daun kunyit tu Nor tak hiris tp carik2kan aje dan Nor buat berkuah sket sbb nak makan dgn nasi. Izinkan Nor share kat sini resipi tu ya.. TQ...

RENDANG AYAM CILI PADI
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam-potong 12-15.
10 tangkai cili kering.
20 biji cili api.
15 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci lengkuas.
2 inci kunyit hidup.
2 inci halia.
5 batang serai-mayang.
2 batang serai -ketuk.
1 helai daun kunyit-mayang halus.
12 helai daun salam.
1 kg santan kelapa.
1 cawan air.
garam dan gula secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
2 tbsp kerisik.

Cara-caranya.
Cili Kering, cili padi, bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan 5 batang serai di kisar halus.
Masukkan ayam kedalam kuali atau periuk yang sesuai.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan secawan air. Masak sehingga ayam 1/2 masak.
Kemudian baru masukkan santan,daun kunyit,daun salam,serai yg diketuk, garam, gula,kerisik dan.asam keping.
Masak sehingga kuahnya pekat.
Siap .Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpi,sayur lodeh dan kuah kacang.


Tuesday, July 9, 2013

STRAWBERRY CHIFFON CAKE with DRIED CRANBERRY

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi kek chiffon ni hasil dari olahan resipi BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE. Sengaja diolahkan dr resipi asal tu utk menghasilkan satu resipi kek chiffon lain.. Insyaallah sedap sbb resipi asalnya mmg sgt sedap. Tak dapat membedah siasat kek ni sbb ianya merupakan salah satu kek yg ditempah ..



STRAWBERRY CHIFFON CAKE with DRIED CRANBERRY
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
sumber resipi asal : Rima

Bahan2:
A:
6 biji kuning telur
100gm strawberry yogurt
150 gm tepung kek
50gm gula castor
secubit garam
100gm minyak sayuran/masak

B:
6 bj putih telur
1 sudu besar perahan lemon/limau ~ atau boleh gantikan dgn 1/2 sudu kecil cream of tartar
100gm gula castor
sedikit pewarna merah & strawberry emulco
1/3 cawan dried cranberry ~ hiris


Cara:
Panaskan oven dgn suhu 150C.
Ambil sedikit hirisan cranberry dan tabur pada dasar loyang (saiz 22 - 25 tube / angel cake pan)
Masukkan lebihan cranberry pd tepung dan ayak bersama. Ketepikan.
Pukul kuning telur hingga kembang/pucat warnanya dan masukkan yogurt dan minyak. Kacau.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan juga garam.
Masukkan juga pewarna dan emulco. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama jus lemon hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
Pukul lagi hingga betul2 kembang (menjadi meringue).
Ambil 1/3 dr meringue dan masukkan ke dalam adunan A (kuning telur). Kacau sebati dgn cara kaup balik.
Kemudian masukkan lebihan meringue dan kacau lagi dgn perlahan2.
Akhir sekali masukkan cranberry yg diayak bersama tepung td dan gaul hingga sebati. (jgn terlalu lama)
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentak2kan 2 - 3 kali ke meja utk menghilangkan udara (air bubble) yg terperangkap dlm adunan kek.
Bakar lebih kurang 50 min.
Keluarkan dr oven dan terus terlangkupkan (utk mengelakkan kek mendap) hingga kek sejuk.
Sisipkan tepi loyang dan keluarkan kek.


* tujuan mengayak cranberry bersama tepung utk meringankan cranberry dan tidap mendap didasar kek. 



Sebelum terlupa.. Di kesempatan ini K.Nor mengambil peluang utk mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua pengunjung SecubitGaram yg K.Nor hargai.. Insyaallah kita semua akan mula berpuasa esok kan.. Andai ada salah silap K.Nor selama bersiaran di alam maya ni, bagi yg pernah bersua muka, pernah berlaga pipi ke.. pernah bergurau senda, bergelak ketawa tak kira lah secara alam maya maupun alam nyata , yg terkasar bahasa ke.. antara yg sedar dan tak disedari.. maafkan K.Nor ya.. maafkan atas segala khilaf K.Nor dan kekurangan diri K.Nor.. yg baik2 tu semuanya dari ALLAH juga.. 


SEDIKIT TEMPAHAN YG LALU..

ASSALAMUALAIKUM..

Maaf ya.. entri memberi laluan pada sedikit tempahan yg K.Nor terima sebelum ni. Tak la banyak sekadar dibuat secara kecil2an atau secara suka2 jer.. memenuhi permintaan org yg mengorder. Baru belajar mengambil tempahan tp tak berani sgt nak amik kek yg dideco berat2.. Al maklum ler.. tangan si pembuat ni tak mahir nak mendeco lagi.. Memang banyak yg perlu diperbaiki.. Apapun mekasih pada mereka yg menempah kek dan puding dr K.Nor ya.. 
                         Red Velvet Cake                    Strawberry Chiffon Cake with Dried Cranberry


Kek Kastard Pandan                                              Kek Sponge Coklat


 Kek Pelangi Kasih

 Mini Cottage Pie                                          Murtabak Mee Segera

Puding Balqis

 Red Velvet (dlm bekas)

 Puding Oreo

 Rainbow Cake


 Snow Cheese Cake


Tuesday, July 2, 2013

CREAM PUFF (filling cream) JAGUNG

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum ni K.Nor dah post resipi CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING. Yg versi filling kastard tu hanya Along penggemarnya, sbb anak tekak tukang masak, anak dara juga anak tekak cik abe lebih gemarkan yg filling jagung. So nak memuaskan selera anak tekak yg 3 org ni, K.Nor godek ler cream puff ni  baru2 ni.. (jgn marah ek.. cream puff ni dibuat 2 minggu lepas, baru berkesempatan masuk blog heeee)


K.Nor masih gunakan resipi kulit puff yg K.Nor buat dulu tu tp utk filling jagungnya K.Nor guna resipi Zaliana yg K.Nor amik kat MyResipi. Rasanya resipi Za ni mmg pemes sbb mmg sedap! Bagi penggemar cream puff yg berintikan jagung.. boleh la mencuba resipi ni ya.. Utk resipi cream puff asal Za, boleh klik SINI..


CREAM PUFF (filling cream jagung)
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.


Inti jagung
resipi : Zaliana MyResipi

Bahan2:1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk inti
Kacau tepung kastad dan air.
Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff