f Secubit Garam: AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

Monday, July 15, 2013

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih pd Cida@Denuanza yg banyak membantu K.Nor dlm menghasilkan menu kali ni, AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN. Ni la kali pertama K.Nor bakar ayam panggang  secara sekor yg duk pusing2 dlm oven hehee...  Selama ni guna oven yg tak ada fungsi rotisserie, jd K.Nor selalunya potong dua ayam atau guna part2 yg tertentu jer. Bila dah ada oven yg ada function rotisserie ni, mesti la nak mencuba kan.. Memang totally blurr bila nak bakar ayam guna function ni. Jadi jalan paling baik, bertanya pd org yg biasa guna. org kata 'tak bertanya, nanti sesat jalan' kan.. Kebetulan masa nak rembat oven aritu, Cida ada cakap dia suka guna oven tu utk panggang ayam, jd K.Nor inbox dia dan bertanya kaedah menggunakannya.. Alhamdulillah.. dpt ilmu yg diperlukan, dpt menghasilkan menu ayam panggang yg enak, juicy dan disukai suami dan anak2. Itu adalah satu kepuasan bg sorang ibu/isteri kan.. Cuma yg K.Nor tertanya sket, masa proses memanggang tu, perlu atau tidak utk on kipas? Ada sapa2 yg boleh bantu? TQ in advance ^__^



Seronok tengok ayam tu duk berpusing2 dlm oven. Utk menghasilkan ayam panggang yg sopan, jgn lupa ikat kaki dan kepaknya dgn tali, supaya tak terkangkang masa proses memanggang.. Huduh sgt wehh kalau kaki ayam tu terkangkang.. Tak senonoh kan.. hihihi  


Di bawah ni K.Nor letak sekali lg resipi AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN (yg dah diolah sedikit dr resipi yg sebelum ni). Kali ni K.Nor guna daun rosemary fresh (akhirnya, setelah pokok yg 3 baru la rosemary K.Nor hidup. pokok yg dibeli Along masa ke CH baru2 ni. dah 2 pokok menjadi arwah, lepas seminggu dibawa balik dr CH.. sayang betul.. nak buat camana... tak kena cara penjagaan dan tempat meletak pokok tu sebelum ni.. kali ni K.Nor letak dlm rumah, jauh dr kawawan cahaya matahari yg kuat dan penyiraman pun sekali sehari jer.. ALHAMDULILLAH.. senang hati bila tengok rosemary dan parsley hidup dgn baik.. ) Bagi yg tak ada rosemary fresh boleh guna rosemary kering ya.. Dan utk yg nak panggang ayam cara biasa (bukan rotisserie) boleh refer pd entri INI.

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam 
2 tangkai daun rosemary fresh ~ boleh guna rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis/kasturi
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

Cara
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati. 
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam. 
Panaskan oven 200 - 220C.
Cucuk ayam pd rotisserie fork dan ikat kaki dan kepak ayam dgn tali dgn kemas.
Masukkan ayam dlm oven dan bakar (menggunakan function rotisserie) selama 1 jam atau sehingga masak (bergantung pd saiz ayam)
Sementara menunggu ayam masak, masukkan kentang, carrot, bawang besar dan lebihan bahan perapan serta sedikit air dlm periuk kecil dan masak sehingga kentang empuk.
Apabila ayam masak, hidangkan bersama kentang dan carrot.


# kentang, carrot dan bawang besar boleh juga dibakar bersama ayam semasa proses memanggang ayam. 
letakkan bahan2 ni atas tray/dulang yg telah dilapik dgn 2 keping aluminium foil (dibawah ayam)

## lg lama ayam ni diperap lg baik. k.nor perap ayam waktu paginya dan bakar sebelah petang (utk berbuka).. dgn ni bahan perapan lebih mesra dan menyerap dgn elok pada ayam.. 

### kalau oven tak ada function rotisserie boleh bakar spt biasa, alas dulang dgn aluminium foil dan bakar dgn suhu yg sama sehingga masak.. sesekali keluarkan ayam dan curah2 atas ayam dgn minyak yg keluar dr ayam masa dlm proses memanggang..