Thursday, July 11, 2013

RENDANG AYAM CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM...

Pertamanya, hendak mengucapkan syukur pada ke hadrat Ilahi atas rahmat dan keberkatan yg dikurniakan pada K.Nor sekeluarga, kembali dpt bertemu dgn Ramadhan 1434H. Terasa begitu pantas masa berlalu, telah setahun menjalani kehidupan sbg 'org kampung', di tengah padang bertemankan kerbau lembu hehe.. ALHAMDULILLAH.. Bersyukur juga, bila di awal Ramadhan kali ni, sesuatu yg tak pernah diduga, tak pernah dirancang lebih awal.. ukhwah yg terputus sekian lama dapat disambung balik dengan baik. Semuanya dengan rahmat Allah yg tak pernah dijangkakan..Hanya pada mu ku panjatkan kesyukuran ya Allah.. Tiada tuhan yg maha agung,yg benar2 layak disembah, selain Mu ya Allah..ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... Kepada yg berkenaan, terima kasih setulus ikhlas dari lubuk hati K.Nor.. 

Tak semestinya raya jer boleh merendang.. kan :)


Menu yg dah lama terperam dlm folder. Resipi yg diambil dari dapur Cik Manggis @ K.Nah, menjadi menu iftar di hari pertama Ramadhan buat sang suami dan hero sulong. K.Nor buat 1/2 ekor ayam jer, tu pun masih berbaki sbb dia org ni tak makan nasi time sahur. K.Nor pulak berbuka dgn semangkuk BUBUR LAMBUK dan segelas kopi panas jer. Biasalah kan, bila tak sihat ni, mulut tak terasa nak makan makanan yg berat. Lagi pun dah lama tak makan Bubur Lambuk. Tahun ni kena buat awal2, kalau tak jadi macam tahun lepas, tak sempat nak buat bila duk tangguh2 sampai la abis Ramadhan. Dalam tak sihat digagahkan jugak merendang sbb bahan2 dah dibeli kat pasar pagi tu. Dengan hidung yg duk mengalir air limpahan yg tak terkawal, ulang2 bersin lagi.. rasanya abis sekotak tisu yg 200 helai tu.. hehee Hidung pun dah sama naik melecet. Ujian di awal Ramadhan.. Alhamdulillah.. pagi ni dah semakin pulih, hidung pun dah kembali clear, lepas pekena ubat selepas berbuka dan sebelum beradu..


Mekasih K.Nah atas perkongsian resipi rendang yg sedap ni (feedback dr ke dua2 hero tu, sedap rendang ni K.Nah). Tak pernah pulak buat rendang letak daun salam. Daun kunyit tu Nor tak hiris tp carik2kan aje dan Nor buat berkuah sket sbb nak makan dgn nasi. Izinkan Nor share kat sini resipi tu ya.. TQ...

RENDANG AYAM CILI PADI
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam-potong 12-15.
10 tangkai cili kering.
20 biji cili api.
15 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci lengkuas.
2 inci kunyit hidup.
2 inci halia.
5 batang serai-mayang.
2 batang serai -ketuk.
1 helai daun kunyit-mayang halus.
12 helai daun salam.
1 kg santan kelapa.
1 cawan air.
garam dan gula secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
2 tbsp kerisik.

Cara-caranya.
Cili Kering, cili padi, bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan 5 batang serai di kisar halus.
Masukkan ayam kedalam kuali atau periuk yang sesuai.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan secawan air. Masak sehingga ayam 1/2 masak.
Kemudian baru masukkan santan,daun kunyit,daun salam,serai yg diketuk, garam, gula,kerisik dan.asam keping.
Masak sehingga kuahnya pekat.
Siap .Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpi,sayur lodeh dan kuah kacang.