f Secubit Garam: HOT CHOCOLATE CUPCAKES

Friday, October 25, 2013

HOT CHOCOLATE CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM

Saja gatal tangan nak menerai resipi cupcakes yg dah lama K.Nor save kat draf ni. Resipi asal dari Bakerita.Com dan spt biasa bila K.Nor buat, mesti ler nak olah situ sini.. Yang paling utama mesti diejas adalah sukatan gula. Semestinya resipi2 minah salleh manis2 belaka, dan mungkin ramai yg dah maklum K.Nor mmg tak suka makan/minum yg manis2. Lagi satu dalam resipi asal, bahan2 disukat menggunakan ounce (oz) jadi masa nak buat tu, K.Nor cuba la convert kepada gram. Mana yg perlu digunakan sukatan cawan, K.Nor tak tukar la sbb ada sesetengah bahan, K.Nor lebih suka sukat cawan manakan ada yg K.Nor suka sukat menggunakan timbangan. Cuma masa suka mentega, K.Nor lupa nak timbang balik selepas disukat menggunakan cawan.. sori ya.. mmg terlupa part tu..


Satu adunan dr resipi asal ni mmg menghasilkan banyak cupcake. Tak sangka pulak dpt banyak lagipun K.Nor guna cupcake liners yg saiz sedang. Tak kisah la mmg dh plan buat cupcake ni pun sbb nak hantar ke anak dara kat sekolah.. Insyaallah dia sentiasa ajak geng2 sekelasnya makan, sebab tu tak leh buat sikit2 hehe.. ALHAMDULILLAH.. tak sia2 menerai resipi dari blog Bakerita ni. Cukup puas hati dgn hasil cupcakenya. Lembut, moist dan sedap, keknya pulak tak lekang dari cupcake liners. Sila lah mencuba bagi sapa2 yg mencari2 resipi cupcake yg sedap dan rasanya mmg boleh dibuat jualan ni.. hehe


Untuk frosting tu, terpulang la pada citarasa masing2. Nak guna frosting buttercream atau ganache. Yg K.Nor buat ni adalah menggunakan lebihan frosting dr SINI. (mmg dah lama buat cupcake ni, 2 minggu lepas kut.. hehe) Bagi yg nak resipi asal cupcake atau nak cuba frosting dr bakerita boleh klik kat linknya ya..

HOT CHOCOLATE CUPCAKES
sumber : bakerita.com
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: adunan ni menghasilkan lebih kurang 50bj (saiz M)
3/4 cawan mentega
3/4 cawan minyak sayuran/masak/bunga
127gm cokolat masakan (boleh guna jenis bittersweet) ~ dicincang
1 cawan air
380gm tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
64gm serbuk koko
2 cawan gula castor
3 biji telur A ~ dikocok
3/4 cawan buttermilk
2 sb vanila

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 175C dan susun cupcake liners/mangkuk kertas ke dlm loyang cupcake.
Satukan mentega, minyak, cincangan coklat masakan dan air dalam sebuah periuk dan panaskan dgn api sederhana sehingga semuanya cair dan sebati.
Ayakkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko kedalam sebuah mangkuk besar dan masukkan gula. Kacau.
Tuangkan adunan coklat panas tadi dan kacau hingga sebati (dgn menggunakan hand wisker/spatula).
Kemudian masukkan telur yg telah dikocok td sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Masukkan pula buttermilk dan vanila. Kacau hingga adunan betul2 sebati.
Isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cupcake liners dan bakar lebih kurang 17 - 22 min atau sehingga masak (uji dgn menggunakan lidi, sekiranya lidi bersih selepas dicucuk ke dalam cupcake, tanda ianya dah masak).
Sejukkan cupcake diatas redai selama 10 minit dan bolehlah dihidangkan.

*Sekiranya ingin menghias dgn sebarang frosting, biarkan cupcake betul2 sejuk terlebih dahulu.
** 1 adunan ni menghasilkan lebih kurang 50bj cupcakes