Thursday, October 10, 2013

KEK KARAMEL

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya, setelah berguru dgn 3 org sifu aka tokey KEK KARAMEL, baru lah berjaya membuat kek ni dgn jayanya.. Padahal dah pernah buat dulu 2 kali, menjadi dgn elok jer, yer la.. dulu.. lama dulu.. Tu yg bila nak buat lagi asyik tak menjadi la pulak. Tak tau kenapa, tp masih tak give up, dan terus mencuba dan mencuba. Dalam pada mencuba tu, K.Nor sentiasa bertanya dgn Sally Rashid, Malina PG dan jugak Anna Qawina. Pernah mula2 try, kastard tak masak betul2.. dummmmm.. kek menjadi habuan cik tong.. Kali ke 2 buat, kek mengecut teramat. Masih boleh dimakan cuma kek mengecut aje la.. Lega sedikit hati.. :)


Last week K.Nor buatkan kek karamel ni sekali lg masa sister K.Nor dtg stay kat rumah. Masih tak nak give up.. cuba lagi. Kali ni kastard pulak pecah/terbelah disamping kek shrink sedikit (sedikit aje hehe).. aduhai... (Banyak betul ragam buat kek ni. Kali ni lupa nak snap gambo.. so tak ada rekod kejadian hehe) Sebahagian kek ni K.Nor bawak ke asrama anak dara. Kebetulan ada cikgu dia yg makan sekali, terus cikgu tu tempah nak Kek Karamel. ermmm.. rezeki org kata, jgn ditolak kan.. K.Nor pun decide nk cuba lagi buat yg terbaik supaya dpt memberikan hasil yg terbaik pada org yg menempah.. 

Kek yg cantik mula2nya, tp mengecut dgn jayanya bila sejuk huhu...

Kek yg menjadi rezeki kawan baik suami K.Nor yg kebetulan berkunjung kerumah :)
Jadi, hari Isnin baru2 ni, K.Nor try test la lagi sekali.. Dengan menggunakan resipi kastard dari Sally (K.Nor suka dgn resipi kastard yg dihasilkannya tu, lebih tebal, baru puas hati bg kita yg tukang buat dan nak jual kat org kan hehe) dan study betul2 resipi Kek Karamel.. dan jugak tip2 yg Sally, Lina dan Anna bgtau.. ALHAMDULILLAH.. kek menjadi dgn jayanya.. Tak shrink dgn teruk, kastard pun tak pecah.. Syukur sgt.. dan happy sangat2.. hehe.. Sekurang2nya kita puas hati utk serahkan kek pada org yg menempah kan.. Bukanlah keuntungan yg dicari tp kepuasan org yg menempah dan memakannya yg K.Nor utamakan.. insyaallah..

Mekasih juta2 lemon buat SALLY RASHID, MALINA PG dan tak ketinggalan ANNA QAWINA... Sori dah banyak menggangu masa kalian dgn pertanyaan yg tak pernah abis.. hehehe.. Mekasih atas ilmu dan tip yg dikongsikan.. Semoga Allah memberkati anda semua.. amiin....

UPDATED:
Setelah dpt greenlight dr owner resipi kastard yg K.Nor gunakan dlm pembuatan kek karamel spt yg dpt dilihat dlm entri ni, baru la boleh K.Nor postkan sekali kat sini. Bukan niat tak nak share dari awal tadi, tp kena faham la kan.. Resipi yg diambil secara personal ni, kita sebaiknya kena mintak izin dulu dr empunya resipi. Tak leh main letak gitu jer.. bukan lah bermaksud owner resipi kedekut ya (jgn salah faham).. Sekurangnya kita kena la maklumkan dulu, sebagai menghormati kebaikan dia yg dah sudi berkongsi resipi. Bila dah diizinkan baru la kita proceed... Tak gitu? ^___^ K.Nor tukar aje resipi yg K.Nor guna dlm menghasilkan kastard yg tebal spt yg dpt dilihat dlm gambar pertama dan last (dibawah)

KEK KARAMEL
resipi : Munira Bahrom
sumber : Sally & K.Nor

(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula

Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.

(B) ~ kastard (mekasih Sally)
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila

Cara:
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)

(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)

pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)

(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor ~ k.nor guna 60gm aje
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak

Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.

Masukkan bahan B kedalam A. (k.nor tapis direct adunan kastard ke dalam loyang)
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.

Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.

sedikit tip tambahan :
1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG.
2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) ~ tip dr Sally.

Tempahan pertama Kek Karamel .. ALHAMDULILLAH.. 

Boleh hubungi K.Nor di k.nor67@gmail.com ^__^