f Secubit Garam: RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE

Wednesday, October 2, 2013

RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Setelah sekian lama terperam dlm list, akhirnya termakbul gak hajat nak menggodek dan menikmati keenakkan kek yg pemes emes ni (bnyk lg sebenarnya kek yg duk que, tp masih tak berpeluang nak menerai)... Org dah lama ke bulan, K.Nor baru merangkak2 nak buat kek ni. Alhamdulillah.. SEDAP! Mana boleh kata tak sedap, sbb adanya ganache dan jugak frosting cream cheese dan disulami dgn rasa mocha.. perghhh.. enak sih...


Sebenarnya K.Nor tak guna resipi kek coklat spt yg dlm resipi dibawah ni, sebaliknya K.Nor guna resipi Moist Chocolate Cake yg dikongsikan oleh Rahel. Masa Rahel post aritu kat fb, K.Nor terus save disebabkan tergoda dgn kecantikan kek coklatnya yg cun dan langsung tak crack. Malangnya K.Nor lupa pulak nak save linknya sekali. Nanti la kalau dah jumpa link bg resipi kek tu K.Nor update semula kat sini ya.. Kalau nak guna resipi kek coklat moist mana2 pun boleh rasanya, tak menjadi hal pun. Kita cuma perlu layerkan 3 atau 4 layer dan follow aje resipi bagi ganache dan cream cheese filling dibawah ni dan ikut arahan cara nak assemble kek tu. Kalau boleh kek yg lebih moist lebih sedap.. insyaallah..


Disebabkan K.Nor jatuh cinta dan teringin nak menerai kek ni masa tengok Ayu Singapore tayang kat blognya tu, jadi K.Nor kopipes resipi dr blog Ayu la ya.. Mekasih Ayu, izinkan Nor share kat sini utk rujukan di lain waktu.

Potongan kek sangat comot sbb tak sempat nak sejukkan lama2 dlm peti ais kes anak dara dah nak balik ke asrama...

RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE
sumber : Ayu Singapore & Chef Asma
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan Kek:- (Recipe asal guna loyang 10"..Ayu gunakan loyang 9" tapi lain kali nak gunakan loyang 8" supaya dapat kek yang tinggi sikit.)

Bahan A
3 biji telur gred A
2 cawan(420g) gula castor

Bahan B:-
2 cawan tepung superfine (290g)-(Ayu guna tepung gandum aje)
1 cawan serbuk koko (100g)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Bahan C
1 cawan susu ideal(250ml)
1 cawan minyak jagung@butter cair
2 tsp esen vanilla
1 tbsp gliserin- supaya kek lembap

Bahan D
1 cawan air mendidih

Cara menyediakannya:-
1. Putar bahan A sehingga kembang. Masukkan Bahan B dan C secara berselang seli. Gaul sebati.
2. Apabila sebati, masukkan D. Masukkan kedalam loyang 10"x10" (Ayu gunakan 9" lain kali nak gunakan 8" supaya kek tinggi sedikit) & bakar pada suhu 160c selaam 45 minit.
3. Sejukkan kek sebelum dipotong & hias dengan krim & hiasan.

Coklat Ganache untuk filling:-
600g dark cooking coklat-dicincang halus
400ml UHT whipping cream
1 tbsp liquid glucose@30g butter

Cara2nya 
1. Panaskan whipping cream secara double boiler
2.Masukkan coklat & liquid glucose, biarkan pekat(seeloknya dibuat awal semalaman sebelum digunakan)

Cream Cheese Filling:-
Bahan A
250g cream cheese
125g mascorpone cheese
2-3 tsp nescafe -dilarutkan -biar pekat & jangan cair

Bahan B:-(Pukul sehingga pekat@soft peak)
500g non dairy whipping cream

Caranya:-
Pukul Bahan A sehingga berkrim & satukan dengan bahan B
Hiaskan kek dengan cream cheese filling.

Cara2 susunan kek:-
Potong kek kepada 2 atau 3 layers(ikut suka). Pipekan cream cheese filling ditengah salah satu layers kek. Kemudian diikuti dengan chocolate ganache, kemudian cream cheese filling pula dan seterusnya hingga kehujung kek. Letakkan layer kek seterusnya diatas kek yang sudah dipipekan tadi. Mula pipe ditengah kek ini pula dengan chocolate ganache dan kemudian cream cheese filling dan kemudian chocolate ganache dan seterusnya hingga habis kehujung kek. Kalau ada 3 layers kek, letaklah kek seterusnya dan mula dengan cream cheese filling serupa macam layer pertama tadi. Bila semua sudah selesai, sapu/pipe kek dengan cream cheese yang balance tadi. Masukkan kedalam fridge dan tunggu hingga cream cheese set sebelum tuangkan chocolate ganache keatas kek dan hiaslah ikut suka dan creativity kawan2.

* selepas coverkan kek dgn cream cheese filling, sejukkan dlm peti ais hingga betul2 set. kemudian baru la dituangkan ganache. pastu masukkan kembali ke dalam peti ais dan biarkan ganache betul2 mengeras baru lah dikeluarkan kembali utk dideko.

Update (5 Okt 2013)
Akhirnya berjuma gak dgn entri Moist Chocolate Cake. Selama ni duk selongkar kat satu lg dapur Rahel (rahelblogspot) rupanya Rahel postkan resipi kek tu kat rahelcakeblogspot.. hehe. patut la duk selongkar tak jumpa2.. K.Nor letak resipi Moist Chocolate kek tu kat sini ya.. Tq Rahel for sharing :)

MOIST CHOCOLATE CAKE
sumber: Rahel (dari buku Alex Goh)
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
250g butter
320 sugar ~ k.nor guna 290gm
1/4 tsp coffee paste

Bahan B:
4 eggs

Bahan C:
320g plain flour
50g cocoa powder
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda

Bahan D:
240g milk

Topping:
300g Ganache

Method:
1.Cream (A) whit flat beater at medium speed until light and fluffy.Stop to scrap the sides and
bottom of bowl with rubber spatula.
2.Add (B) gradually and cream until smooth and light.Stop to scrap the sides and bottom
of bowl with rubber spatula after each addition.
3.Add (C) and (D) alternately and mix at low speed until well incorporated.Stop to scrap down
the sides and bottom of the bowl with rubber spatula.
4.Line the 3x1.25-inch cupcake moulds with paper cups.Deposit the batter onto the moulds.
Makes 24 pieces.
(yang ni saya bakar dalam Loyang besar,pandai2 la adjust yea)
5.Bake at 180'C in the middle rack of the oven for 25 minutes.Set aside to cool.
(jika guna Loyang besar kena bakar lama sikit sampai masak,jangan terlebih masak pulak,
nanti kek retak seribu).
6.Pipe ganache rosettes on top,decorate as desired.
(hias kek sesuai selera)