Friday, November 29, 2013

KERABU JANTUNG PISANG DGN KACANG BOTOL

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... Setelah setahun tanam pokok pisang, akhirnya bakal dapat merasai hasilnya. Pokok pisang raja yg K.Nor tanam (anak pokoknya pemberian jiran) dah pun mengeluarkan buah dan skrg sedang membesar. Jantungnya pula dah K.Nor amik baru2 ni. Memang besar gedabak jantung tu. Guna sebelah aje pun dah cukup banyak.


Utk sebelah dari jantung pisang tu, K.Nor buat Kerabu Jantung Pisang (dah pernah buat dulu sekali dan kali ni buat lagi sbb suka dgn rasanya yg sedap dan mudah pulak tu nak sediakan). Kali ni K.Nor tambah dengan hirisan kacang botol, hasil dari 'my little farmville' juga hehee...ALHAMDULILLAH.. sayuran skrg sgt subur, maklum la musim tengkujuh ni kan.. Hujan manjang, pokok tanaman pun segar dan subur la. Kailan pun sangat subur skrg, geram jer tengok daun2nya yg makin melebar dan rimbun.. ALHAMDULILLAH.. nikmat berbudi pada tanah kan.. 

Semalam baru cantas sebiji lagi jantung pisang bagi pokok pisang raja yg ke2 yg juga dah berbuah.. ALHAMDULILLAH.. nak masak teresek lak lepas ni, insyaallah.. kalau sempat :)

Jom tengok resipi KERABU JANTUNG PISANG, resipi dari artis Sheila Rusly, tp K.Nor copy kat dapur Raihan@PeriukTanah.. Sangat sedap!!

KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam ~ k.nor letak 1/2 sudu besar serbuk lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
kacang botol secukupnya ~ dihiris (k.nor tambah)
daun kemangi ~ dicarik kasar (k.nor tambah)1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.