Sunday, December 1, 2013

KEK BUAH KUKUS

ASSALAMUALAIKUM..


Sejak dah buat kek buah ni mula2 aritu, dah jatuh cinta dgn rasanya yg sedap dgn manis yg sedang2. Bila terasa nak makan lagi, ditambah lg dgn niat nak try ejjas supaya kek lebih moist dr yg mula2 buat, K.Nor tambah sedikit air. Alhamdulillah.. mmg tidak mengecewakan.. Memang lebih moist dan lebih sedap pada anak tekak K.Nor. Mungkin lepas ni K.Nor nak try ejjas dgn bahan lain pulak hehehe


KEK BUAH KUKUS
resepi : Chef Zubaidah bte Chepa 
sumber : Mas 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
225 gm Mentega 
340 gm gula pasir ~ k.nor guna 1 cawan jer
50 gm air panas ~ k.nor lebihkan air 70ml
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A 
1 sk vanilla essence

Bahan ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala  ~ k.nor skip

Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9")

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman. (tak perlu letak dlm peti ais)

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


Gambar bunga salad from my little farmville :)

Sebelum berundur, ingin K.Nor maklumkan, ni adalah entri terakhir utk tahun 2013. Sepatutnya dah buat entri ni smlm tp seharian duk bz bersama jiran sekampung dlm gotong royong membuat bubur Asyura jd terlupa terus nak update. Insyaallah K.Nor akan cuba utk menjawab pertanyaan di mana2 entri sekiranya ada dr masa ke semasa. Tak tau lagi berapa lama akan amik 'anual leave' ni.. maybe sebulan, maybe lebih dari tu.. wallahua'lam.. Insyaallah K.Nor akan cuba jenguk2 masuk ke blog kut2 ada pertanyaan yg diutarakan dimana2 entri. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik dan juga dikurniakan mood rajin utk berblogging kembali hehehe...

 INSYAALLAH.. KITA JUMPA LAGI.....