Sunday, December 1, 2013

KEK BUAH KUKUS

ASSALAMUALAIKUM..


Sejak dah buat kek buah ni mula2 aritu, dah jatuh cinta dgn rasanya yg sedap dgn manis yg sedang2. Bila terasa nak makan lagi, ditambah lg dgn niat nak try ejjas supaya kek lebih moist dr yg mula2 buat, K.Nor tambah sedikit air. Alhamdulillah.. mmg tidak mengecewakan.. Memang lebih moist dan lebih sedap pada anak tekak K.Nor. Mungkin lepas ni K.Nor nak try ejjas dgn bahan lain pulak hehehe


KEK BUAH KUKUS
resepi : Chef Zubaidah bte Chepa 
sumber : Mas 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
225 gm Mentega 
340 gm gula pasir ~ k.nor guna 1 cawan jer
50 gm air panas ~ k.nor lebihkan air 70ml
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A 
1 sk vanilla essence

Bahan ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala  ~ k.nor skip

Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9")

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman. (tak perlu letak dlm peti ais)

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


Gambar bunga salad from my little farmville :)

Sebelum berundur, ingin K.Nor maklumkan, ni adalah entri terakhir utk tahun 2013. Sepatutnya dah buat entri ni smlm tp seharian duk bz bersama jiran sekampung dlm gotong royong membuat bubur Asyura jd terlupa terus nak update. Insyaallah K.Nor akan cuba utk menjawab pertanyaan di mana2 entri sekiranya ada dr masa ke semasa. Tak tau lagi berapa lama akan amik 'anual leave' ni.. maybe sebulan, maybe lebih dari tu.. wallahua'lam.. Insyaallah K.Nor akan cuba jenguk2 masuk ke blog kut2 ada pertanyaan yg diutarakan dimana2 entri. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik dan juga dikurniakan mood rajin utk berblogging kembali hehehe...

 INSYAALLAH.. KITA JUMPA LAGI.....


Friday, November 29, 2013

KERABU JANTUNG PISANG DGN KACANG BOTOL

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... Setelah setahun tanam pokok pisang, akhirnya bakal dapat merasai hasilnya. Pokok pisang raja yg K.Nor tanam (anak pokoknya pemberian jiran) dah pun mengeluarkan buah dan skrg sedang membesar. Jantungnya pula dah K.Nor amik baru2 ni. Memang besar gedabak jantung tu. Guna sebelah aje pun dah cukup banyak.


Utk sebelah dari jantung pisang tu, K.Nor buat Kerabu Jantung Pisang (dah pernah buat dulu sekali dan kali ni buat lagi sbb suka dgn rasanya yg sedap dan mudah pulak tu nak sediakan). Kali ni K.Nor tambah dengan hirisan kacang botol, hasil dari 'my little farmville' juga hehee...ALHAMDULILLAH.. sayuran skrg sgt subur, maklum la musim tengkujuh ni kan.. Hujan manjang, pokok tanaman pun segar dan subur la. Kailan pun sangat subur skrg, geram jer tengok daun2nya yg makin melebar dan rimbun.. ALHAMDULILLAH.. nikmat berbudi pada tanah kan.. 

Semalam baru cantas sebiji lagi jantung pisang bagi pokok pisang raja yg ke2 yg juga dah berbuah.. ALHAMDULILLAH.. nak masak teresek lak lepas ni, insyaallah.. kalau sempat :)

Jom tengok resipi KERABU JANTUNG PISANG, resipi dari artis Sheila Rusly, tp K.Nor copy kat dapur Raihan@PeriukTanah.. Sangat sedap!!

KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam ~ k.nor letak 1/2 sudu besar serbuk lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
kacang botol secukupnya ~ dihiris (k.nor tambah)
daun kemangi ~ dicarik kasar (k.nor tambah)1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.

Tuesday, November 26, 2013

BAYAM GORENG RANGUP

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bersua lagi di dapur alam maya yg semakin suram dan dingin nih.. Puan blog dah makin kurang bersemangat nak menghapdet blog. Biasa la... mcm org bekerja pejabat gak, dah lama sgt bekerja atau dgn kata lain, hari2 duk buat benda yg sama, tambah lagi dah masuk cuti sekolah ni, kerja2 makin bertambah. Kadang kala kebizian yg melampau, nak menghadap pc pun tak sempat. Apa yg bizi sangat tu ya.. wallahua'lam.. ada la tu.. hehe


Semalam dah uar2kan kat fb, K.Nor akan bercuti blogging. Bukan utk test market tau, tak ada niat pun. Memang akan bercuti blogging sehingga satu masa, saat yg mood dtg balik dgn semangat yg baru (kali ni tak akan ada entri berjadual yg spt selalunya K.Nor buat kalau time K.Nor bercuti, mmg akan betul2 bercuti ya.. hehe) Mungkin awal tahun dpn, mungkin sebulan dua lagi.. atau semuanya berkemungkinan.. chewaahhh... Yg pastinya bermula Disember, SECUBITGARAM AKAN BERCUTI.. anual leave gitu ya.. bergaji? ehh mana ada.. cuti tanpa gaji jer hehe.. Insyaallah panjang umur kita akan berjumpa lg satu hari nanti.. Bagi yg nak amik resipi, nak copy resipi (RESIPI SAHAJA TAU) dipersilakan.. Tak perlu la mintak izin kat komen atau kat email.. Sangat2 dialukan utk mencuba resipi2 yg terdapat dlm blog yg tak seberapa ni. Semoga ia memberi manafaat buat semua.. insyaallah...


Berbalik pd menu kali ni, org biasanya makan/dengar Pisang Goreng, Cempedak Goreng, Ikan/Sotong/Ketam/Udang Celup Tepung, Sukun Goreng, Keledek Goreng.. ermmm.. apa lg ya.. Kali ni K.Nor nak share satu lg hidangan gorengan yg mungkin ada yg pernah buat atau pernah makan atau pernah dengar org buat. BAYAM GORENG RANGUP atau kalau kat Tganu ni biasanya org biasa panggil BAYAM CELUP TEPUNG (spt org panggil Ikan Celup Tepung@ICT)


Kebetulan aritu K.Nor buat Cempedak Goreng kegemaran anak2. Dan kat 'my little farmvile' ada pokok bayam yg tumbuh liar (K.Nor jaga spt pokok tanaman lain, daun2nya sangat rimbun dan subur), jd terlintas nak goreng bayam tu dan bg anak2 merasa. Tak susah pun, pilih daun yg sederhana besar dan basuh bersih. Toskan. Kemudian celup jer dlm tepung bancuhan dan goreng hingga kekuningan. Hasilnya, spt makan kerepek.. sedap! Anak2 kata tak mcm makan sayur pun.. Sedap dimakan panas2, krup krap jer.. Bayam kan bagus, banyak zat.. jadi elok la buat cara ni kalau nak bg anak2 makan sayur.. kan...


Dah panjang pot pet ni.. Nak sambung balik kerja yg tergendala.. Selamat mencuba BAYAM GORENG RANGUP ni ya... Batter/adunan utk gorengan ni juga boleh digunakan utk menggoreng pisang, cempedak dan yg sewaktu dgnnya ^___^

BAYAM GORENG RANGUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
daun bayam secukupnya ~ dibasuh dan toskan
2 cawan tpg beras
1 cawan tpg gandum
1 sudu kecil air kapur - jgn terlalu pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 bj telur
1 1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis
Sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning telur
minyak utk menggoreng

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali.
Bancuh kesemua bahan kecuali daun bayam hingga sebati,
Celupkan sehelai daun bayam kedalam adunan tepung (pastikan adunan rata pd keseluruhan daun) dan goreng (ulang lagi pada beberapa helai daun bayam, jgn goreng terlalu banyak sekali gus).
Biarkan hingga garing dan balikkan.
Bila ke dua belah daun dah kekuningan/garing, bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
Hidangkan panas2.


Thursday, November 21, 2013

SAMBAL TEMNPOYAK DAUN KAYU

ASSALAMUALAIKUM...

Perghhhh... asyik!! Memang enak banget! ehhh silap... sepatutnya ucapannya adalah ALHAMDULILLAH... memang sedaaaaaaaaaaaaap sgt menu ni. Pekena dgn nasi panas2, pastu ada ikan goreng.. tu sudah cukup sedap.. Kalau ada pelakon tambahan spt ikan kering dan sambal belacan.. lagi2 laaaaaaaaaa sedap.. boleh bertambah2 nasi yg dimakan.. Kalau nak diet jgn makan lauk ni ya.. Memang boleh langgar abis diet hehee


Dah lama nak buat menu kampung ni, asyik tertunda jer. Kebetulan smlm masa gi pasar nampak org jual daun kayu yg segar bugar... terus rembat 2 ikat. Masa nak masak baru belek resipi, rupanya boleh diletak petai.. Padahal sang petai dah melambai2 kat meja penjual, K.Nor wat derk jer sbb mata petai tu teramat ler besornya... Kalau petai padi baru best.. Pastu sempat lagi berlintas langsung dgn empunya resipi (sapa lagi kalau bukan Duta JALEN) hehee... Tanya itu ini tentang resipinya ni. Alhamdulillah.. Che Mat baik hati, melayan soalan2 yg K.Nor tanyakan.. Mekasih Che Mat ya..


Pada sesiapa yg ada stok tempoyak tu, jom godek menu yg teramat sedap ni. Mekasih sekali lg buat Che Mat atas perkongsian resipi yg enak ni.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini pulak ya.. psst.. mmg kena buat lg lepas ni.. kena cari pucuk ubi dan petai.. Biar lg ummphhh kan.. ^___^

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
resipi : CMG@TiffinBiru

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

Cara membuat :
Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.....



Tuesday, November 19, 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

ASSALAMUALAIKUM...

Aduh.. aduh.. kalau ngadap kek ni, mmg tak leh stop, tangan nak capai kek dlm plate dan menyuap ke mulut. Kek yg sangat sukar nak ditolak, seakan melambai2 memanggil utk kita ngap bila lalu dpn chiller.. Alahai.. camana la nak diet nih.. 


Kali ni K.Nor buat 2 adunan terus, sbb satu adunan dpt kecik jer (loyang 7"). Utk 2 adunan ni K.Nor guna saiz loyang 9". ermm... baru puas hati ngap (kali ni tak letak toping ganache, makan gitu jer). Utl lapisan cheese tu pun K.Nor guna 2 ketul cheese. Tu yg nampak tebal jer lapisan cheese tu kan.. Lg tebal lg la best.. hehehe Anak2 pun sangat suka dgn KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE ni.. Tersangat la enaknya.. ishh .. kek coklat tu mmg la dah enak kan, moist jer.. tambah lak ada cheese.. ya ampun... gabungan yg sangat mantop!


Sapa2 nak resipi boleh ke SINI. Terpulang la nak buat versi K.Nor atau pun versi asal dr Yatie Memories. Kalau nak makan banyak, buat dua adunan terus mcm K.Nor buat ni, jgn lupa double up sukatan bahan yg K.Nor catatkan tu ya (dr resipi versi K.Nor)

Friday, November 15, 2013

TEMPAHAN NAN LALU

ASSALAMUALAIKUM...

Jom cuci mata dgn sedikit tempahan yg K.Nor terima sebelum ni.. Tak ada la sebanyak mana pun, tak seperti homebakers yg lain.. Apapun ALHAMDULILLAH.. dgn rezeki dr ALLAH.. lagipun sekadar mengisi masa lapang dan bukannya sepenuh masa :)

Terima kasih pada yg mengorder dan yg sentiasa repeat order... Jazakumullahu khairan kathira...

RV Cake

 Kek Karamel


Choc Moist Cake (layer & topping dgn ganache)

Blueberry Layer Cake  9" 

Chocolate Sponge Cake dgn layer dan topping ganache 9"




Wednesday, November 13, 2013

CHOCOLATE BANANA MOUSSE

ASSALAMUALAIKUM..


Dah lama betul tak tayang dessert kat sini kan.. Memang dah lama pun tak buat dessert dan kalau ada buat pun buat yg dah biasa post atau yg simple2 jer. Kali ni K.Nor nak kongsikan satu resipi dessert yg saaaaaaaaaaaaangat mabeles.. Sangat enak dimakan sejuk2. Kali ni K.Nor ngelat sket, bukan aje makan sejuk2 sbb diletak dlm fridge, K.Nor letak kat freezer atas saranan Along. Masa dia ngap sket dia kata, kalau letak kat freezer sedap ni mak, mcm makan ice cream.. K.Nor pun letak la kat freezer, dan hasilnya.. tepat spt dia kata.. Mcm makan ICE CREAM pisang bercoklat!! Memang yummy sungguh! Makan sambil ermmm..ermmm.. pejam2 mata gitu.. tak caya ek.. kalau tak caya, sila godek sendiri dan buat cam K.Nor buat. Biarkan ia kat freezer dan pastu ngap.. perghhhh... best!!


Resipi mousse ni K.Nor ambil kat dapur AnnCoo Journal. Bila Ann post kat fb mousse ni, terus K.Nor ke blog beliau dan pastinya terus terpikat nak buat. Semestinya terus save resipi la kan.. (berapa banyak terus ni ek..hehe..) Ann ni kan, salah sorang blogger yg sangat K.Nor kagumi hasil tangan dia yg halus berseni org kata.Orgnya juga sangat baik nak2 bila kita bertanya (kat blog atau kat inbox atau wallnya di fb, pasti dia melayan dgn baik, memberikan jawapan pd pertanyaan kita) Tq so much Ann, this CHOCOLATE BANANA MOUSSE is really superb! And really worth of trying too... with chocolate and banana mousse affiliated formed, it is very delicious.. :)


CHOCOLATE BANANA MOUSSE
recipe : AnnCooJournal
Ingredients: makes about 8-10 cups
Chocolate Ganache
100g Whipping cream
150g Valrhona (66%) chocolate, chop to pieces

Light boil whipping cream at medium low fire and add in the chocolate pieces and blend well till chocolate melted over a double boiler with a hand whisk. Stir chocolate to smooth and leave aside to cool.

Banana Chocolate Mousse
60g Valrhona chocolate (66%), or semi-sweet chocolate if you prefer sweeter, chop to pieces
60g Whipping cream, boil and measure 40g ~ dairy 
200g Very ripe bananas, mash or blend to smooth
1 tsp Vanilla extract
200g Fresh topping cream ~ non dairy 

Boil 60g of whipping cream and measure to 40g before adding into chocolate pieces and blend well with a hand whisk over a double boiler. Stir chocolate and vanilla extract to smooth and leave to cool.
Whisk fresh cream to soft peak.
Blend or mash bananas to smooth and mix with the chocolate till combined.
Whisk fresh topping cream to soft peak and pour into chocolate mixture and blend well with a hand whisk.

# nk tengok step by step boleh gi ke blog Ann tu ya..


Monday, November 11, 2013

FRUIT PASTRY CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Lamanya gambar ni duk dalam folder.. Keknya dah laaaaaaaaaaaaaaama abis tp tak kisah la sbb gambar tak basi kan.. hehe Benda yg baik atau sedap harus dikongsi. ^__^


FRUIT PASTRY CAKE.. dah pernah buat dulu kat entri INI. Kali ni buat lg dgn 2 adunan menggunakan loyang 10" x 10". Kalau utk jamuan mmg cun sgt2 dan yg pasti rasanya mmg sedap sgt2. Penyediaannya pun mudah dan makin banyak buah yg kita letak atas tu, makin la sedap. Opkos la budget makin lebih kan.. hehe Keenakkan kek ni bertambah bila dah diperam semalaman, bila jus buah2 yg diatasnya tu meresap pada kek.. ermmm.. yummy...

Punya la lama, kek ni k.nor serve masa hari open door di raya ke 3 aritu hehe

FRUIT PASTRY CAKE
souce: Gert

Ingredients :
113g/1 stick butter, at room temperature
1 cup castor sugar ~ K.Nor letak 180gm
50g sour cream ~ K.Nor gantikan dgn yogurt plain
1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila
Pinch of salt
1 teaspoon orange zest
3 large eggs, at room temperature
210g plain flour
1 teaspoon baking powder
500g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices)

* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8" tin)
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve

*Selepas 40 minit proses membakar, K.Nor letak sekeping aluminium foil atas kek (letak gitu jer) utk mengelakkan permukaan atas kek jd hangus dan teruskan proses membakar sehingga kek masak.


Ni yg pestaim buat dulu.. 
kalau nak buat sebiji boleh la nak atur2 buah ikut kesukaan masing2 ya..

Thursday, November 7, 2013

WALNUT HEAVEN BUTTERSCOTCH CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Macam2 nama bg kek ni bila dibuat pencarian kat gugel.. ikut la nak panggil yg mana satu deh... Nama dlm surat beranak mmg K.Nor tak sure so kita panggil jer la ikut selesa. Jangan kena saman sudahhh  hehe Ikut resipi asal guna kacang pecan tp saja K.Nor tukar guna walnut sbb kebetulan ada stok walnut dlm esbok.Jadi kita guna aje la dr membazir kan.. 


Memang dah berzaman duk simpan hajat nak menerai kek yg pemes ni. Faktor utama yg buat hajat terbantut sbb dpt rasakan kek ni mmg manis giler2. Manis letinggg org Ganu kata. K.Nor mmg cukup kalah dgn yg manis2 ni. Tapi dek kerana nak mencabar diri buat kek yg agak remeh ni, akhirnya berjaya gak buat kek ni masa anak2 ada balik bercuti. Kalau time anak2 tak ada sapa la nak tulun perabiskan. Ni pun kalau makan sket2 boleh la sbb still manis pd anak tekak K.nor WALAU DAH DIKURANGKAN SEPARUH dari sukatan gula yg digunakan.. Memang kek ni sedap, dgn rasa butterscotch, karamel pd kacang juga frostingnya tu.. tp adehhhh.. tekak K.Nor mmg tak leh gi ler dgn manis2 ni..Takper la.. kalau tak cuba tak tau kan...Apapun tetap bersyukur dapat buat gak kek yg agak remeh ni..


Resipi K.Nor amik kat blog FromBakery2Embroidery hasil gugel situ sini. Owner blog ni cukup baik hati siap tunjuk step by step lg tu, mmg memudahkan utk kita fahami lebih mendalam kaedah penyediaan kek ni. Mekasih pd owner blog, izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. Tq..


WALNUT HEAVEN BUTTERSCOTCH CAKE
resepi : Nuts Heaven (Resepi asal Pecan Heaven)
sumber : Ash Nasir & FromBakery2Embroidery
sumber : K.Nor@SecubitGram


Bahan2
Sebiji kek span vanila ~ k.nor guna resipi kek span sweet4ever

Kekacang Karamel
100 gm gula kastor - k.nor guna 50gm
60 gm kacang pistachio - panggang ~ k.nor guna walnut
50 gm almond flakes - panggang jap ~ k.nor guna almond nibs

Cara2
1. Masak gula hgga keperangan & cair sepenuhnya. Masak atas api paling perlahan & goyang2kn periuk @ pan supaya gula perang sekata. Jangan terover cooked. Kang pahit plak karamel tu nnt
2. Apabila dh cair sepenuhnya, tutup api & masukkn kekacang yg telah dipanggang td. Gaul rata. Buat ngn cepat sbb karamel ni cepat mengeras
3. Tuang kekacang karamel td atas dulang yg telah dilapik ngn kertas minyak. Ratakan cepat2. Biar sejuk
4. Bila dh sejuk, patah2kn & simpan dahulu dlm bekas kedap udara (k.nor tumbuk kasar)

Sos Butterscoth @ filling Butterscoth
350 gm gula kastor ~ k.nor guna 175gm
350 gm fresh cream @ non-dairy whipping cream - pd suhu bilik
150 gm butter
100 gm white chocolate compound (cincang halus) ~ k.nor guna 50 gm

Cara2
1. Masak gula hgga perang. Tutup api & masukkn fresh cream perlahan-lahan. Kacau serta- merta
2. Buka api semula (api plg perlahan) & kacau adunan hgga gula karamel larut sepenuhnya dlm fresh cream
3. Tutup api & masukkn butter & white chocolate. Kacau hgga kedua2nya larut sepenuhnya. Klau x larut gak sepenuhnya, panaskn kejap atas api.Apabila dh larut sepenuhnya.. biarkan sejuk

* Sos butterscoth ni pd mulanya agak cair tp bila dh sejuk dia akan jd agak pekat

White Chocolate Ganache
150 gm fresh cream
200 gm butterscoth (dr sos butterscoth) ~ k.nor guna 80gm

Cara2
1. Pukul fresh cream hgga soft peak - jd kental
2. Masukkn butterscoth & kaup-balikkan

Cara Melapis Kek
1. Potong @ belah kek kepada 3 bahagian & letakkan 1 bahagian kek atas cake board
2. Sapukan sos butterscoth & taburkn kekacang karamel
3. Pastu tindihkan dgn 1 lagi bahagian kek. Ulang Langkah 2 & tindihkan lg ngn bahagian kek terakhir
4. Sapukan seluruh permukaan kek ngn White Chocolate Ganache. Ratakan ngn spatula
5. Tuang sedikit sos butterscoth di atasnya..


Monday, November 4, 2013

MEE KARI NYONYA

ASSALAMUALAIKUM...


MEE KARI NYONYA ni K.Nor buat utk berbuka puasa Khamis baru2 ni. Kalau ikutkan nak update pada hari Jumaat, keesokkan harinya tu tp dek kebizian yg melanda 2 - 3 hari ni, terpaksa KIV jer niat tu. Dok dang nok kejor masa org Ganu kata.. hehe 


Mee Kari Nyonya, resipi Ros JintanManis. Hasil tergoda bila Ros tayang kat fb pada hari Isnin, hari Khamis baru sempat buat. K.Nor ada tambah situ sini sket pada bahan2nya tu mengikut selera anak tekak.. biasa la tu kan.. masak ni mesti nak ngejas ikut selera tukang masak. Tambah pedas sket, tambah masam sket.. Biasa jugak kurangkan gula sket sbb tukang masak ni kurang penggemar manis2 (biasanya K.Nor edit sukatan gula bila melibatkan kuih muih atau kek atau yg sewaktu dengannya)



Mekasih Ros atas perkongsian resipi Mee Kari Nyonya dan godaan kat fb aritu hehe.. Memang ada kelainan pada rasa mee kari ni sbb ada letak daun kesum. Kuahnya pulak nampak merah menyala jer maybe dah terlebih letak cili mesin ler tu..  K.Nor share resipi tu kat sini lak utk rujukan di masa depan ya.. TQ..

MEE KARI NYONYA
resipi : Ros@JintanManis

Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )
2 paket mee kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
sedikit daun kari
1/2 paket Fish ball
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap

k.nor tambah :
udang 
jus asam jawa

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
5. Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Wednesday, October 30, 2013

BLUEBERRY LAYER CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Aduhai... dah berapa kali taip, delete... taip lagi delete lagi.. Memang tak ada idea betul nak mengarang arini. Tak tau nak citer apa tentang entri kali ni. Apakah disebabkan hari ni hari Rabu yg sinonim dengan Wordless Wednesday? hehe.. yer sangat la kut.. ^__^


Kita citer gak la pelan2.. Apakata kita buat stail baru. Buat dlm ringkasan gitu hehe.. Kita try okay..

1. kek ni k.nor buat hari sabtu lepas
2. dah lama teringin nak menerai dan merasa kek blueberry yg disaluti fresh cream dan dilazatkan dgn gandingan blueberry filling
3. Bila siap dan dingap.. perghhhh enak banget sihhh...
4. cik abg yg bukan penggemar kek pun boleh habiskan sekeping besar kek nih...  tu tanda kek ni mmg sgt2 sedap hehe
5. rasa blueberi filling yg best tu menjadi watak utama dlm keenakkan kek ni..
4. lepas ni mmg boleh godek lagi  ^____^


Kaedah buat KEK BLUEBERRY LAYER CAKE sangat senang..
1. bahan2nya mudah aje, sebiji kek sponge (terpulangla nak guna resipi mana yg disukai, k.nor guna resipi INI), 4oogm non dairy whipping cream dan blueberi filling secukupnya
2. hiris kek kepada 2 bahagian
3. beat non dairy whipping cream hingga kental
4. ratakan sebahagian cream pd lapisan pertama kek dan letakkan filling blueberi
5. letak lapisan kek ke 2 dan tutupi keseluruhan kek dgn lebihan cream (deko sebagaimana yg disukai)
6. Letakkan blueberry filling di atas kek (nak letak banyak mana terpulang, lg banyak lg syok hehe) dan ratakan. nak buat versi meleleh pun boleh.. terpulang pd citarasa masing2..
9. sejukkan kek hingga creamnya betul2 set, baru la dihidangkan..

Syok jugak main ringkas2 gini kan.. hehe...  Ke nak resipi yg lebih teratur? Nanti la ek.. tunggu mood ghajen dtg dulu ya.. Insyaallah akan diupdatekan.. tu kalau ada la mood ghajen dtg bertiup hehe



Nak makan tp k ada masa nk godek sendiri? Atau tak reti nak baking2? 
mudah jer, boleh order dgn K.Nor.. ^__^
contact kat sini ya.. k.nor67@gmail.com


Monday, October 28, 2013

BINGKA DURIAN

ASSALAMUALAIKUM....

Tak ingat, bila buat kuih ni. Ni disebabkan dah lama sgt duk peram dlm folder. Masa buat tu, durian tengah banyaaaaaaaaaaaaaak sgt kat Tganu ni. Memang menjadi sungguh masa tu. Di pasar, di tepi jalan, di dpn kedai.. berlonggok2 durian kampung. Bukan durian aje menjadi masa tu, duku dan maggis pun sama. Sampaikan ada yg menjual duku 3kg $2.00. Buah manggis lak ada yg jual $4.00 seratus biji. Perghhhh.. mmg syok abis time tu.. K.Nor mmg suka sgt buah duku dan manggis. Boleh dikatakan setiap hari ada jer buah2an ni kat rumah.. Kebanyakkannya bukan K.Nor atau suami yg beli tp pemberian dr jiran2 di kampung ni. Alhamdulillah.. sejak dubagi buah2 tempatan spt pisang, betik, duku, durian, rambai dan juga rambutan. Sayur2 spt batang keladi, bunga kantan, kacang panjang..  dan ada juga yg bagi air tebu yg baru diproses.. Alhamdulillah.. mmg seronok.. semoga Allah murahkan rezeki jiran2 baik K.Nor ni dan murahkan rezeki K.Nor sekeluarga juga ^___^


Opps... kita balik pd entri kita kali ni ya... Kebetulan durian ada boleh dikatakan setiap hari kat rumah ni masa tu (sampai tak larat nak makan, yer la dah duk berdua aje.. mana larat nak abiskan.. lgpun tak boleh la makan banyak2 durian ni.. kena jaga gak kesihatan kan, sebelum datang penyakit yg sukar diubati tu) Jadi K.Nor simpan dlm freezer stok isi durian yg dah dilecek. Senang jer kan, bila nak buat apa2, stok isi durian sedia utk digunakan. 

Kurang garing tp rasa tetap best

Memang best Bingka Durian AlongRoz ni... Memang terasa betul duriannya sbb penggunaan isi durian yg agak banyak dlm adunannya. Satu adunan mmg dapat banyak jg la.. Sebahagiannya K.Nor bakar dlm loyang dan sebahagiannya pula K.Nor bakar dlm acuan kuih cara. Yg bakar dlm loyang tak berapa nak garing ler.. Tapi yg bakar dlm loyang kuih cara yg bentuk bunga2 tu best sbb garing hehe.. Bingka mmg sedap kalau dibakar garing sket kan.. Yg pastinya masa kuih ni dibakar, harum satu rumah.. hehe

Mekasih Along, share resipi bingka yg sedap ni.. Izinkan Nor share kat sini lak ya...

BINGKA DURIAN
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2: Saiz: 9" persegi
4 biji Telur
350g Gula Pasir (k.nor guna 200gm jer sbb durian danh manis)
350g Tepung Gandum
350g Isi Durian
2 sb Tepung Beras
400ml Santan Kotak
300ml Air
2 sb Mentega Cair
½ st Garam
Pewarna Kuning

CARA2:
1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam food processor / blender sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dlm tin yg di lapik kertas aluminium & di minyakkan.
3. Bakar 180C selama 1 jam atau sehingga masak & garing permukaan nya.
4. Sejukkan sebelum di potong.


Friday, October 25, 2013

HOT CHOCOLATE CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM

Saja gatal tangan nak menerai resipi cupcakes yg dah lama K.Nor save kat draf ni. Resipi asal dari Bakerita.Com dan spt biasa bila K.Nor buat, mesti ler nak olah situ sini.. Yang paling utama mesti diejas adalah sukatan gula. Semestinya resipi2 minah salleh manis2 belaka, dan mungkin ramai yg dah maklum K.Nor mmg tak suka makan/minum yg manis2. Lagi satu dalam resipi asal, bahan2 disukat menggunakan ounce (oz) jadi masa nak buat tu, K.Nor cuba la convert kepada gram. Mana yg perlu digunakan sukatan cawan, K.Nor tak tukar la sbb ada sesetengah bahan, K.Nor lebih suka sukat cawan manakan ada yg K.Nor suka sukat menggunakan timbangan. Cuma masa suka mentega, K.Nor lupa nak timbang balik selepas disukat menggunakan cawan.. sori ya.. mmg terlupa part tu..


Satu adunan dr resipi asal ni mmg menghasilkan banyak cupcake. Tak sangka pulak dpt banyak lagipun K.Nor guna cupcake liners yg saiz sedang. Tak kisah la mmg dh plan buat cupcake ni pun sbb nak hantar ke anak dara kat sekolah.. Insyaallah dia sentiasa ajak geng2 sekelasnya makan, sebab tu tak leh buat sikit2 hehe.. ALHAMDULILLAH.. tak sia2 menerai resipi dari blog Bakerita ni. Cukup puas hati dgn hasil cupcakenya. Lembut, moist dan sedap, keknya pulak tak lekang dari cupcake liners. Sila lah mencuba bagi sapa2 yg mencari2 resipi cupcake yg sedap dan rasanya mmg boleh dibuat jualan ni.. hehe


Untuk frosting tu, terpulang la pada citarasa masing2. Nak guna frosting buttercream atau ganache. Yg K.Nor buat ni adalah menggunakan lebihan frosting dr SINI. (mmg dah lama buat cupcake ni, 2 minggu lepas kut.. hehe) Bagi yg nak resipi asal cupcake atau nak cuba frosting dr bakerita boleh klik kat linknya ya..

HOT CHOCOLATE CUPCAKES
sumber : bakerita.com
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: adunan ni menghasilkan lebih kurang 50bj (saiz M)
3/4 cawan mentega
3/4 cawan minyak sayuran/masak/bunga
127gm cokolat masakan (boleh guna jenis bittersweet) ~ dicincang
1 cawan air
380gm tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
64gm serbuk koko
2 cawan gula castor
3 biji telur A ~ dikocok
3/4 cawan buttermilk
2 sb vanila

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 175C dan susun cupcake liners/mangkuk kertas ke dlm loyang cupcake.
Satukan mentega, minyak, cincangan coklat masakan dan air dalam sebuah periuk dan panaskan dgn api sederhana sehingga semuanya cair dan sebati.
Ayakkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko kedalam sebuah mangkuk besar dan masukkan gula. Kacau.
Tuangkan adunan coklat panas tadi dan kacau hingga sebati (dgn menggunakan hand wisker/spatula).
Kemudian masukkan telur yg telah dikocok td sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Masukkan pula buttermilk dan vanila. Kacau hingga adunan betul2 sebati.
Isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cupcake liners dan bakar lebih kurang 17 - 22 min atau sehingga masak (uji dgn menggunakan lidi, sekiranya lidi bersih selepas dicucuk ke dalam cupcake, tanda ianya dah masak).
Sejukkan cupcake diatas redai selama 10 minit dan bolehlah dihidangkan.

*Sekiranya ingin menghias dgn sebarang frosting, biarkan cupcake betul2 sejuk terlebih dahulu.
** 1 adunan ni menghasilkan lebih kurang 50bj cupcakes

Wednesday, October 23, 2013

KACANG PANJANG GORENG KERANG

ASSALAMUALAIKUM..


Menu hari ni agak simple tp tak kisah la kan, janji ada entri. Lagipun sayur yg digunakan adalah fresh my little farmville.. Kacang panjang yg K.Nor gunakan dlm resipi kali ni adalah hasil tuaian (ehh kalau tuai mcm banyak dan besar jer kebun kan)... hasil petikan dr kebun sekangkang kerbau yg K.Nor usahakan secara suka2 sejak menjadi org kampung ni.. Alhamdulillah.. sudah banyak makan hasil dr hobi menanam yg mana K.Nor tanam sekeliling rumah. Ada yg atas tanah, ada yg dalam pasu dan ada juga yg K.Nor tanam dlm polibag. Kacang panjang ni pulak jenis renek yg tak memerlukan pacang, boleh tanam direct atas tanah, ianya tak menjalar pun. Seronok dapat makan sayuran fresh, petik kat pokok, basuh dan ngap sebagai ulam) Alhamdulillah.. ni la hasilnya berbudi pada tanah :) 


Ni dia rupa pokok kacang panjang renek yg K.Nor tanam. Hanya dlm pasu plastik jer.. (pasu dua hingget jer tau hehe)




KACANG PANJANG GORENG KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
seikat kacang pjg ( 7-9urat)
semangkuk kecil kerang
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sb cili mesin
1/4 cawan air
1 sk cuka
sedikit lobak merah ~ dipotong panjang
1 bj cili merah
1 sb kicap manis
garam, gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan cili merah dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan kerang. Kacau.
Masukkan air, cuka dan lobak merah.
Goreng seketika kemudian masukkan kacang panjang, cili merah, kicap manis, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati dan biarkan kacang masak sedikit (jgn lama supaya kacang kekal rangup)
Angkat dan hidangkan.


Monday, October 21, 2013

SAYUR KOLOK

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah dengar nama SAYUR KOLOK? Atau ada yg pernah makan? Rasanya org Tganu jer yg tau masakan ni, terutamanya org2 lama/tua. Kebanyakkan org muda tak pernah makan atau tau pun kewujudan menu tradisional Tganu ni. Yer la, K.Nor pun org lama jugak, dan suka masakan kampung. Masuk dlm keluarga belah suami yg rata2 org lama yg selalu masak masakan lama. Jadi lebih cenderung pada masakan lama aka masakan kampung gitu la.. ehh.. masakan lama ni unik tau.. zaman skrg dah payah nak jumpa. Kiranya SAYUR KOLOK  ni dah jadi masakan rare.. very2 rare. Nak buat bukannya boleh sepanjang masa/tahun sbb antara bahan yg digunakan tu bermusim spt petai dan yg paling penting, bahan utama yg wajib ada dlm SAYUR KOLOK ni adalah kulit buah sentul. Pernah dengarr nama buah sentul? Ada yg panggil buah setul, setoi pun ada. Kalau belah pantai barat/utara tak sure panggil apa, tp di Tganu ni, selalunya org sebut buah setul. Ada satu lg adik beradik buah sentul ni, iaitu BUAH SETIAR. Ada beza antara buah sentul dgn setiar. Kalau sentul, kulitnya sedikit keras, dan warnanya lebih kepada oren keperangan manakala kalau setiar, kulitnya lembut dan warnanya kekuningan. Kalau utk makan gitu ajer, K.Nor lebih suka buah setiar, sbb isinya selalunya manis. Kalau nak buat Sayur Kolok, lebih sedap diguna kulit buah sentul, sbb kalau kita guna kulit buah setiar, ia agak lembik. Sapa2 yg nak kenal buah sentul atau setiar ni boleh klik pd link ni ya.. SENTUL , SETIAR )


Selain dibuat SAYUR KOLOK, buah sentul ni juga selalunya dibuat rojak. Kuah rojak ni sama mcm kuah rojak utk ROJAK BETIK. Kalau buat rojak, K.Nor prefer buah setiar sbb kulitnya yg lembut, kuah rojak mesra jer dlm ikut buah ni.. Cara nak buat rojak setiar/sentul ni, kita perlu kupas kulit buah tu dulu kemudian dicincang2 keliling kulitnya tu (cincang tak putus) pastu rendam dlm air garam utk hilangkan getah buah. Lepas tu buat la kuah rojak (boleh refer kat SINI utk buat kuah rojak) dan perap semalaman utk mesrakan kuah ke buah setiar/sentul yg digunakan. Bila nak makan rojak ni, amat sedap sekali kalau ada keropok keping/ikan (makan dgn keropok lekor goreng pun best jugak! ) perghhh kecur liur la pulak sebut rojak buah setiar.. hehe.. lama betul tak buat/makan. melelehhhhh wehhhh hehehe

Ok kita balik pd SAYUR KOLOK..  Menu ni K.Nor buat atas permintaan sister yg duk Puchong tu,, kebetulan dia datang stay kat rumah K.Nor 2 minggu lepas. Dah mengidam sgt nak makan SAYUR KOLOK ni.. Yer la, duk sana mana nak jumpa buah2 dan sayur gini kan.. Bila balik kg, sesekali kena la lepas hajat nak makan menu yg lama ni.Si adik tu pulak dgn rela hati menjelajah pasar mencari buah sentul yg diperlukan utk buat menu ni. hehe.. Tak kisah la, sbb si adik pun dah lama gak tak makan. Memang menu kegemaran  si adik gak ni .. :) Memang berselera sungguh kita org makan aritu.. Dapat ler menunaikan menu idaman sister K.Nor tu.. ALHAMDULILLAH.... 


SAYUR KOLOK ni sebenarnya lebih kurang jer dgn masakan SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI yg pernah K.Nor share dulu. Kaedah nya pun sama, kulit buah sentul tu perlu dikupas dan dicelur. Kemudian bila dah sejuk sket, kita ramas kulit tu utk buang rasa masam. Kacang panjang juga perlu dicelur sekejap (kacang pajang yg digunakan adalah yg dipetik dr kebun kecil K.Nor - kacang panjang renek .. sayur fresh gitu hehe)

Meh tengok resipi bagi SAYUR KOLOK.. sekadar utk dijadikan rujukan pd yg lain2.. Kalau kebetulan ada buah sentul ni, boleh la menerai ya.. Pastu jgn lupa goreng ikan, tumbuk sambal belacan dan juga goreng ikan kering/masin.. perghhhhhh.. syok abissssssssssss ^____^

SAYUR KOLOK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 - 7 biji buah sentol ~ kupas kulit dan asingkan dr bijinya
kacang panjang
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris panjang
1 cawan santan fresh/pekat
2 cawan air
air secukupnya (utk mencelur)
garam dan secubit gula

Cara:
Panggang/rebus ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Panaskan air hingga mendidih.
Potong kacang panjang dan celur seketika. Angkat dan toskan.
Dalam air yg sama celur pula kulit buah sentul hingga lembut.  Angkat dan toskan.
Bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam. Ketepikan.
Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih seketika kemudian padamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


Monday, October 14, 2013

MINI COTTAGE PIE

ASSALAMUALAIKUM..

Ramai yg berpuasa Hari Arafah arini? ALHAMDULILLAH... Semoga puasa dan ibadah kita yg lain2nya diterima dgn baik oleh Allah swt.. Insyaallah esok kita semua akan merayakan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban.. SELAMAT HARI RAYA buat semua pengunjung SecubitGaramNor67. Maaf Zahir Dan Batin dr K.Nor ya... Mana2 yg balik kampung tu, semoga selamat tiba ke destinasi yg dituju. 


Berbalik pada entri hari ni, kita cakap pendek2 dah la sbb ni entri ulangtayang jer. Dah acapkali buat Cottage Pie ni dan sentiasa mendapat sambutan hangat oleh seisi keluarga. Kalau selalunya K.Nor buat sebiji terus dlm bekas besar, kali ni K.Nor buat dalam bekas kecik2 dgn menggunakan ramekin. Tu yg diberi tajuk MINI COTTAGE PIE. Senang nak ngap bila dibuat dlm bekas kecik2 gini, sorang amik sebekas dan ngap. Tapi yg pastinya mmg tak cukup sebekas jer sekali ngap, sebab sedap tau bila dimakan suam2 panas.. 


COTTAGE (SHEPHERD) PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction 
Source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan Kentang 
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam 
1/2 cawan susu segar 
2 s/b mentega 
garam, serbuk lada sulah 

Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan.

Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms) ~ k.nor guna kimball (mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu 
2 ulas bawang putih cincang halus 
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor tak letak
1 tin kecil cendawan butang dihiris ~ k.nor tak letak
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu 
1 biji lada merah dipotong dadu 
1-2 sudu besar cili serbuk ~ k.nor guna 1sb jer
1 sudu besar serbuk lada sulah 
1 kiub stok ayam 
1/2 botol air dari botol sos pregos (selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum 
garam dan sedikit gula

Mozarella cheese untuk taburan ~k.nor guna cheddar cheese

Cara 
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs 

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.

Cara AssemblingCottage Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil (k.nor guna ramekin)
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.