f Secubit Garam: 2014

Monday, October 20, 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Dah 2 minggu cuba nak mengapdet, tp masa sgt tak mengizinkan.. Pg ni, dicelah2 masa yg suntuk dan padat, cuba jugak nak masukkan entri tertunggak ni. Jadi tak boleh la nak berbicara dgn panjang lebar ya.. 


Kek yg dihasilkan sehari sebelum raya haji baru2 ni.. Dah lama simpan hajat nak buat, org kata cuma tunggu masa yg sesuai jer atau dgn lebih tepat lg bila diizinkan Allah.. Alhamdulillah.. kek yg dihasilkan cantik kejadiannya dan rasanya insyaallah sedap.. 


Resipi K.Nor ambil kat dapur Rima Singapore.. Maaf la ya tak dpt nak translate, jd K.Nor copy paste jer dari blog Rima. Pada yg nak cuba dan tak berapa faham dlm BI, boleh la transfer kat google translate ya..  Thank u Rima for the recipe :)

VICTORIA SANDWICH CAKE
source : Rima@Bisous A Toi
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
250g unsalted butter
250g sugar
250g self raising flour
250g eggs - crack 4 eggs and weigh ok
1 tsp vanilla extract
1/4 tsp salt
2 tbsp milk

For The “Filling and Decorating”:
6 tbsp Fruit compote or jam - I did my own strawberry and raspberry compote
1 punnet of strawberry - slice and mix with a tbsp of sugar.. mix em and set aside for 15mins
8 tbsp double cream - i used 250ml and added 2 tbsp of icing sugar... whipped till it was soft /medium peak.
Confectioner’s sugar, to sprinkle on the top of the cake

Method:
Preheat the oven to 160C
Mix together the self raising flour and salt. Set aside.
Put the butter in a bowl (or the bowl of your KA) with the castor sugar and beat together until really light, pale and fluffy.
Gradually add the eggs, beating well after each addition. Then incorporate the vanilla extract.
Sift the flour and fold it in delicately with a metal spatula to combine.
Add enough milk in order to get a smooth dropping cake dough consistency.
Pour into two greased 8" round pan and smooth out the top with a spatula.
Bake in the centre of the oven for about 30 minutes or until golden and a skewer inserted into the middle comes out clean.
Allow to cool in the tin for 10 minutes, then remove the baking paper and turn out onto a wire rack that's covered in a clean cotton tea towel to prevent marking. Cool completely.
Place the bottom of the cake on a cake stand/dish, then spread generously with the compote/jam.. pipe ur whipped cream and then then place sliced strawberry evenly... (pour the juices on top of the whipped cream).. carefully sandwich together.
Sprinkle with confectioner’s sugar just before serving.



STRAWBERRY COMPOTE
source : Justonecookbook
soucre : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
1 lb (16oz, 454g) strawberries
1 lemon
¼ cup sugar
¼ cup water
1 Tbsp. corn starch

Instructions
Rinse the strawberries under cold water and use the point of the knife to remove the hull out of the tops. When you have big strawberries cut in half.
Zest and juice the lemon.
Combine ALL the ingredients in the saucepan at once, or like me, you can take mini-steps. In a small saucepan over medium heat, combine sugar, water, and corn starch and whisk well.
Add the lemon zest and juice.
Add in strawberries and mix gently.
Bring to a simmer and cook for 5 minutes stirring/breaking strawberries up constantly.
Remove from heat when the mixture thickens. Allow to cool slightly if you want to user a blender to puree it. Serve with waffles, pancakes, French toast, crepes, ice cream, cheesecake, or whatever you like.

Notes
You can store it for 3-4 days (some people say a week) in the fridge and for months in the freezer.

* utk tutorial bergambar boleh klik link justonecookbook tu ya..


Wednesday, October 8, 2014

CHOCOLATE CHEESE TART (II)

ASSALAMUALAIKUM...

Wahh.. kurang kerajinan betul nak mengupdate.. Layan jer la ek CHOCOLATE CHEESETART, resipi yg dikopipes dari dapur RAHEL ni.. Memang dah laaaaaaaaaaaaaama sungguh ngidam nak buat tart cekelat gini.. Geram jer bila tengok Rahel post kat fb.. Sebelum tu, dah lama jugak tengok Kak Wan (Citarasawan) tayang kat fb dia.. Gini la bila duk berhanimun balik, mood nak baking sentiasa diperam. Bila anak2 balik ramai2 baru mood ghajen tu dtg balik hehe


Sebelum ni K.Nor pernah tayang resipi CHOCOLATE CHEESE TART, yg mana resipinya K.Nor ambil kat dapur Evelyn. Bg K.Nor dua2 cistart ni ada keistimewaannya.. dan yg pastinya dua2 sedap! Mekasih pada Rahel yg memanjangkan resipi dari Kak Wan.. Mekasih juga buat Kak Wan yg sudi berkongsi resipi..*psst kak wan.. akhirnya dpt jugak nor godek cistat kak wan nih.. dah lama dulu janji nak buat kan :)





CHOCOLATE CHEESE TART
Diolah oleh:Rahel Blogspot
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan Pastry Tart:
250g tepung gandum
125g mentega
1 sudu besar serbuk koko
60g gula icing
1 biji telur gred B
1 sdt esen vanilla
1 sdt air

Acuan tart 5.5cm

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan,ramas hingga sebati.
2.Ambil sedikit doh,tekankan ke dalam acaun tart.Kemaskan tepinya.Buat sampai habis.
3.Cucuk sedikit dg garpu.Bakar pastry tart di dalam oven pd suhu 170'C selama 25 minit.
4.Setelah masak,kemluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Chocolate Cheese Filling
Sumber:Citarasawan

Bahan-bahan:
250g cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
80g coklat masakan (dicairkan)
1/2 sudu besar coklat emulco
60g gula icing
60g mentega
1 biji telur

Cara membuat:
1.Pukul cream cheese bersama gula icing,mentega hingga sebati.Masukkan telur,coklat
masakan,coklat emulco dan whipping cream,putar sekejap hingga adunan sebati dan
tidak berketul.Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2.Picit adunan cheese ke dalam kulit tart dan bakar sekejap selama 5-8 minit.
3.Biarkan sejuk dahulu baru dihias dengan coklat ganahe atau hias mengikut selera anda.


Friday, September 26, 2014

KARIPAP INTI KELEDEK ROS

ASSALAMUALAIKUM..

Dari menu mata biru kita balik ke menu mata hitam/perang ya.. ^___^ Karipap.. sapa tak suka karipap.. rugi la org tu kan.. hehe Memang kuih lama yg tak pernah jemu dimakan. Bertambah enaknya karipap bila intinya sedap dan tak kurang juga bila crustnya rangup.. Tak kisah pun bab yg crust/kulitnya jenis biasa maupun yg berpusar/berlapis. Janji rangup.. kan :)


Kali ni K.Nor mencuba resipi crust/kulit karipap dari dapur Ros JintanManis. Untuk intinya K.Nor tak guna resipi inti keledek Ros tp K.Nor guna inti yg selalu K.Nor buat. K.Nor lebih suka inti daging.. Inti daging yg K.Nor guna tu, boleh digunakan sbg inti dlm pelbagai resipi lain spt pau, puff dan lain2.. Terpulang pd kreativiti masing2 ya..

Klim karipap versi org terlebih rajin.. hehe

Izinkan K.Nor share resipi Karipap Inti Keledek Ros kat sini ya.. Tq :)


KARIPAP INTI KELEDEK ROS
resipi : Ros JintanManis
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

INTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 paket daging kisar~ k.nor guna ramly's brand
2 labu bawang besar ~ didadu kecil
2 biji kentang (saiz besar) ~ didadu kecil
2 - 3 sudu besar cii mesin
2 sudu besar rempah gulai ~ boleh guna rempah gulai kawah/kerutup
2 keping asam keping
1  cawan air
garam dan gula
minyak

Cara:
Basuh sedikit daging kisar dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
Tumis hingga cili garing dan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar, kentang dan daging kisar.
Goreng hingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan asam keping dan air. Kacau.
Renihkan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila inti hampir kering, padamkan api.
Sejukkan dan bolehlah digunakan.

*Jangan biarkan inti terlalu kering, biar lembab2 sket sbb nanti bila inti dah sejuk ia akan lebih mengering.
** Inti daging ni boleh digunakan dlm pelbagai juadah lain spt pau, puff, bun roti, dadar berinti dan lain2 lagi.. 

Tuesday, September 23, 2014

CHOCOLATE CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...

Biarlah gambar yg berbicara hari ni ya.. ^____^


Tq Lyn, mmg best cistart ni :)


yum... yummmm.... 


CHOCOLATE CHEESE TART

Bahan2:
Pastri:
125g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila
1 sb susu segar
1 biji kuning telur
200g tepung gandum, diayak
50g serbuk koko, diayak

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul butter bersama gula & vanila hingga kembang & gebu.
2. Masukkan kuning telur & susu segar, pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper & sejukkan selama 15 minit.
4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus. Biarkan sejukkan atas wirerack.

Cheese filling:
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji telur
120g fresh cream

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila & gula hingga lembut.
2. Masukkan telur & pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan fresh cream & pukul hingga agak pekat. Masukkan filling kedalam piping bag, gunting sedikit hujungnya.
4. Paipkan cheese filling kedalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa2 perisa inti jika suka.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.

# Inti akan naik sedikit apabila sudah masak, matikan oven, buka pintu oven sedikit & biarkan inti turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah.


Thursday, September 18, 2014

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Bereksperimen satu lagi resipi kek chiffon.. Kali ni ambil kat dapur Evelyn pulak.. Kebetulan ada sebiji oren duk termenung dalam esbok. Kesian kat dia.. kalau dah menopos kang lg haru.. Jadi merajinkan diri buat kek chiffon oren. ^__^

Ni la gara2 tak sabar nak ngap, kek yg tak cukup sejuk dah dipotong.. ^___^

Resipi ORANGE CHIFFON CHEESECAKE ni dah lama save, lepas Lyn goda dengan tayangan amalnya kat fb.. Pantang org tayang kek chiffon, mmg terus jer tergoda. (kalau org tayang emas sekerat lengan tak minat pulak hehehe). Bila time nak buat kek ni, K.Nor gi la perah buah oren tu. Tapi bila masa menggodek kek, ehh tak guna la pulak jus oren.. Alang2 dah perah, K.Nor sukat 50 ml dan masukkan jugak dalam adunan.. Alhamdulillah.. kek yg dihasilkan tak terjejas.. Tekstur kek jd lebih moist dan lebih harum bau oren.. Memang syok abis.. (part derkaha kat resipi mmg payah nak elak..  dah lekat tabiat org kata haha)

Tq Lyn, K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. K.Nor buat 1 1/2 adunan dari resipi asal dan yg warna purple yg K.Nor dah ejjas tu.. 

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE
resipi : AlexGoh
sumber : Evelyn dan K.Nor

Bahan2nya:
A
40g cream cheese ~ 60gm
60g susu segar ~ 90gm
25g butter ~ 38gm

B
65g tepung gandum ~105gm

C
4 biji kuning telur ~ 6bj
1 biji parutan kulit oren, optional
50ml jus oren

D
4 biji putih telur ~ 6bj
100g gula kaster ~150gm
Secubit garam, saya tak letak
1/8 sk cream of tartar ~ 1 sk perahan lemon/limau nipis

Cara2 membuatnya:
1. Masak bahan A atas double boiler hingga cair & pekat.
2. Alihkan & masukkan bahan B, gaul rata.
3. Masukkan bahan C, gaul lagi.
4. Kemudian, pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan (langkah 3 ) tadi hingga sebati.
5. Tuang kedalam loyang chiffon bersaiz 9' (loyang 10"). Jangan griskan loyang.
6. Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit (60min). Segera terbalikkan loyang apabila kek sudah masak & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan.


Friday, September 12, 2014

PUDING KARAMEL IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat penuh barakah.. Semoga kita semua sentiasa rahmat dan keberkataNya.. amiin...


Menu kali ni, puding lak ya.. Resipi yg dah pernah post lama dulu, kiranya ulang tayang aje la ni ya.. ^___^

PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.

Monday, September 8, 2014

CHOCOLATE CREAM CHEESE CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau anda pengunjung yg selalu bertandang ke SecubitGaram, pasti tau, K.Nor mmg penggemar kek chiffon.. Dah pelbagai resipi kek chiffon yg K.Nor cuba dan masih sentiasa ingin mencuba resipi2 lain. Bukan semua resipi yg K.Nor cuba berkesudahan dengan baik,, ehh bukan salah resipi ya, cuma kita ni manusia, tak ada yg perfect.. bukan setiap kali buat 100% menjadi. Dah cuba sehabis baik pun ada jugak part gagal.. Yg tak menjadi tu adalah dari kelemahan diri sendiri.. Bukan atas kuasa kita nak jadi semua tu.. Pegang jer Allah tak nak izinkan menjadi dengan baik.. Jadi tak la kecewa sangat.. Bila mood rajin datang, kalau rasa nak ulang cuba, insyaallah kita cuba lagi sampai puas hati..


Kali ni K.Nor cuba satu resipi yg dah lama K.Nor save, cuma masa tak mengizinkan utk mencuba. Bila dah terasa sangat nak makan kek chiffon, ku godek la jugak.. Takkan nak harapkan org lain datang buatkan utk kita kan.. hehe... Resipi yg K.Nor jumpa ni di satu dapur alam maya, pemiliknya Kenneth Goh.. Boleh klik link utk melihat cara kek disediakan secara detail, step by step oleh Kenneth.. Beliau telah menyiram ganache atas kek chiffon yg dihasilkannya.. nampak yummy sgt.. tp K.Nor ni makan gitu jer.. tak buat pun ganache tu.. Sebab kek tu dah cukup sedap.. ada cheese kan, lagi la sedap.. manisnya pun sedang2 jer.. 


Penggemar kek chiffon, jom godek .. insyaallah tak rugi mencuba :)

CHOCOLATE CREAM CHEESE CHIFFON CAKE
source : Kenneth Goh @ Guai Shu Shu
sourch : K.Nor@SecubitGaram

Ingredient A – For egg yolk batter portion
4 egg yolks
80 grams of sifted self raising flour
30 grams of butter
80 grams of cream cheese
80 grams of fresh milk.
2 tablespoons of cocoa powder

Ingredients B – For egg white beating
5 egg whites
85 grams of castor sugar
1 tsp. of cream of tartar

STEPS OF PREPARATION
Get ready a 19cm chiffon tube pan. PLEASE DO NOT GREASE THE CHIFFON TUBE PAN.

Pre heat the oven to 175 degree Celsius.

Melt the butter, cream cheese and milk in a microwaveable bowl for about 1 minutes. Stir until well mixed and set aside. If you do not have a microwave oven, just heat up using double boiler method (oven a pot of hot water) until melted and well mixed.

Sift in the chocolate and self raising flour, stir until well combine. Gradually add in the egg yolks one by one. Stir until well mixed and set aside for later use.

Beat the egg whites in a standing mixer until foamy. Add in 85 grams of castor sugar and 1 teaspoon of cream of tartar. Beat the egg whites until stiff peak form.

Fold in the egg whites in 3 stages to the egg yolk mixture as swiftly and as lightly as possible.

Transfer the batter to the ungreased chiffon cake tin and baked in the oven at 175 degree Celsius for 45-50 minutes or when a skewer inserted comes out clean. In the event that the top starts to turn brown too soon, you can lower the temperature to 160 degree Celsius and continue the baking.

Once ready, take out from the oven, invert upside down over a wire rack and let it cool completely.

To unmould, use a sharp knife to scrap the sides or use hands to slightly “peel” the chiffon cake. A successful and properly baked chiffon cake should be spongy enough for you to “peel” from the tin without breaking the cake. Cut using a serrated knife when completely cooled.

*kalau rasa tak faham dlm BI ni, boleh la klik link ke dapur Guai Shu Shu utk letak step by step yg ditunjukkan..


Thursday, September 4, 2014

OPOR AYAM (segera)

ASSALAMUALAIKUM...

Ada caption segera di situ.. Nak tau kenapa? Sebab menggunakan rempah siap atau dengan kata lain, rempah readymade yg dalam pack dan bukannya dibuat dari a - z.. Kalau nak buat masakan opor yg mana bahan-bahannya kita buat sendiri, rasanya elok guna resipi dari Tengku Puan Pahang (K.Nor amik resipi kat dapur HanaMemories). Pernah sekali mencuba resipi tu tapi tak sempat masuk dapur alam maya ni sebab gambar yang diambil hilang entah ke mana.. Camana nak masukkan entri kalau tak ada gambar kan.. tak syok ler..


Sebelum ni K.Nor dah pernah buat Opor Daging guna rempah ni masa tu tak ingat amik ke tidak gambar tu yg tak masuk entri gak hehe.. Masa tu dapur alam maya ni tengah berhibernate lama.. Memang sedap Opor Daging yg dihasilkan dan lebihan masakan aritu dimakan juga dengan pulut kuning.. syok abesss...


Opss lupa nak bagitau.. rempah opor ni K.Nor dapat pree, pemberian sorang teman yg jauh sinun di Kuantan tapi dekaaaat di hati..  Jangan marah ya mek.. lama peram entri opor.. hehehe Bagi yg tak tau, masakan opor ni pemes dari Pahang. Sebab tu K.Nor syorkan resipi dari Tengku Puan Pahang tu.. Tengku Puan Pahang memang terror memasak kan .. 

So kali ni tak ada resipi yg disertakan sebab K.Nor masak Opor Ayam ni direct ikut resipi di belakang pack rempah opor ni. Cuma ada sket bab derhaka tu, K.Nor tambah 2 helai daun pandan masa proses memasak untuk menaikkan kewangian opor yg dimasak :) Yg perlu kita tambah hanya la minyak utk menumis dan santan serta air pastu perasakan dengan garam dan gula.. Tu aje.. mudah kan.. sebab tu kata segera ^___^




Tuesday, September 2, 2014

KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT

ASSALAMUALAIKUM..

Kek evergreen.. dari dulu sampai sekarang.. Insyaallah tak pernah jemu dimakan.. Kalau org tua2 ni memang suka sangat dengan KEK GULA HANGUS. Dolu-dolu kek ni dipanggil KEK SPONGE. Memang jauh berbeza dengan Kek Sponge@Span zaman sekarang kan.. 


Kalau sebelum ni K.Nor pernah post resipi KEK GULA HANGUS resipi arwah Mak K.Nor, kali ni K.Nor mencuba satu lagi resipi Kek Gula Hangus yg dikongsikan oleh Mas@Duniaku yg mana Mas ambil kat dapur Cida de'nuanza. Alhamdulillah.. Sedap kek yg dihasilkan menggunakan resipi dari Cida ni.. Mekasih buat Mas juga terutamanya Cida yg berkongsi resipi Kek Gula Hangus ni ya..

Seperti biasa, K.Nor ada derhaka sket pada bahan2 yg digunakan dan K.Nor juga perap adunan yg telah siap tu selama 2 jam.. Saja la.. dah biasa buat kek ni mmg selalunya K.Nor perap dulu, jd org kata cam lekat tabiat dah.. hehe.. Terpulang la ya, nak perap atau tak.. 

KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
sumber : Cida de'nuanza & Mas@Duniaku
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega ~ k.nor letak 5 sudu besar

Cara:
masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik
nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit

pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air...
cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai    ~ k.nor letak 2/3 cawan
2 sudu teh soda bikarbonat ~ k.nor letak 3 sudu kecil
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara:
pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je)
pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!

bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

* k.nor perap adunan selama 2 jam sebelum dibakar..


Saturday, August 30, 2014

CRISPY WAFFLES

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama K.Nor tercari-cari resipi waffle yg crispy di luar dan lembut di dalam. Terbayang-bayang kesedapan waffle kat AnW. Memang suka sangat dengan waffle AnW tu.. Sejak ada WM baru ni, mula la duk menggugel resipi kat internet. Mula2 aritu menerai satu resipi yg ingatkan jenis crispy tp bila dibuat, keras ler pulok..

Percubaan kali ke2 menggunakan resipi lain pada pagi raya baru2 ni (kalau org lain, pagi raya dengan ketupat, rendang, nasi minyak, nasi himpit dan lain-lain tp K.Nor serve anak-anak dengan waffles .. khelassss gitu hehe.. yer la, si tukang masak tau anak-anak ni jenis tak suka sangat makan yang heavy pagi-pagi. kalau dpt yg ringan, tambah lagi jenis western, lagi la dia orang suka.. ) Alhamdulillah.. lebih baik dari yang sebelumnya tapi masih tak capai tahap kepuasan anak tekak K.Nor (pergghhh.. standard tinggi tuuu hehe) Pastu kali ke3 buat, masih resipi yang sama tapi lepas tu dapat idea untuk menderhaka pada resipi untuk menghasilkan waffles yang lebih crispy dan lebih sedap..


Akhirnya, 2 hari lepas baru la berkesempatan mengedit resipi yg asalnya dari Allrecipes.com. Edit situ sikit, sini sikit.. Alhamdulillah.. hasilnya lebih baik.. dan lebih menepati citarasa anak tekak K.Nor sekeluarga.. Waffles yg crispy di luar dan lembut di dalam.. Kalau resipi asal menggunakan minyak, K.Nor tukar kepada butter yang dicairkan (biasanya kalau batter yang diletakkan minyak atau butter yg panas, insyaallah batter tersebut menghasilkan kuih yg garing/crispy seperti karipap, cucur dan lain-lain..). K.Nor juga tambah sedikit lagi gula disebabkan waffles yg dihasilkan menggunakan resipi asal agak tawar. K.Nor tak la tambah banyak sangat, sekadar boleh dimakan begitu aje.. (K.Nor memang suka ngap waffle gitu aje.. sedap.. sebab tu perlu ditambah sedikit gula pada adunan sebab adunan asal hanya menggunakan satu sudu besar aje gula castor.. memang tawar sangat..)

Pada yang nak mencuba resipi waffles olahan K.Nor ni dialu-alukan.. dan kalau yang nak cuba resipi asal, juga dipersilakan.. no problemo ... Resipi asalnya di SINI ya dan resipi yg K.Nor letak kat bawah ni adalah setengah adunan dari resipi asal sebab dengan 1/2 adunan tu, boleh menghasilkan 6 - 8 keping waffles (mengikut saiz waffle maker masing-masing ya)

CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.


Tuesday, August 26, 2014

AYAM PANGGANG CHUYA

ASSALAMUALAIKUM...

Masa duk mencari2 resipi ayam panggang dengan bantuan pakcik gugel baru2 ni, K.Nor tertarik dengan resipi dari blog Intai Dapur. Kaedah menyediakan sos atau bahan perapan ayam tu yg sedikit berbeza dari resipi yg lain, di mana cili boh/mesin perlu dimasak dengan gula melaka terlebih dahulu hingga pekat. Pada pendapat K.Nor, kaedah ni akan menghasilkan rasa cili/sos yang lebih sedap. Biarpun kaedah ni mengambil lebih sedikit masa utk disediakan berbanding dengan resipi lain yg hanya bancuh sekaligus semua bahan-bahan perapan dan terus dilumurkan pada ayam, org kata worth it atau berbaloi bila dicuba .. insyaallah...

Tapi utk makluman, K.Nor tak ikut direct resipi/bahan yg digunakan dlm resipi yg Liza share tu. Bukan nak memandai-mandai derhaka resipi org lain, cuma sekadar menambah itu ini, mengikut citarasa K.Nor jer.. Bila kita masak sesuatu, kita rasa perlu tambah bahan ni sket, atau nak kurangkan itu sket, tak jadi masalah.. Kita masak ikut selera ahli keluarga kita yg nak makan. Dan kadang kala kita tak masukkan sesuatu bahan tu disebabkan tiada stok bahan tersebut di dapur kita kan.. Dan mungkin juga kita nak sub bahan tersebut dengan bahan yang lain.. So tak jd masalah kalau kita nak edit sesuatu resipi tu.. Kita yg masak dia, tak gitu ^___^



Alhamdulillah.. hasil dari resipi yg ditokok tambah tu telah menghasilkan ayam panggang yg sangat enak.. tu kata my food tester. Gravy yg dihasilkan memang menjilat jari... Ayam ni K.Nor panggang dlm oven jer.. Kalau nak panggang dalam kuali ajaib pun boleh dan kalau nak buat stail bbq lagi la sedap sbb dipanggang atas bara api.. Terpulang pada citarasa masing-masing ya...

Terima kasih pada Liza yg berkongsi resipi Ayam Panggang dan juga buat owner asal resipi tersebut. Disebabkan K.Nor dah edit beberapa bahan pada resipi tersebut jd K.Nor letak resipi tu dgn nama baru ya.. Kiranya diberi IC baru la kan.. hehe... Dibawah resipi baru ni, K.Nor akan letak resipi asal yg K.Nor ambil dari dapur Liza.. 


Selamat mencuba resipi AYAM PANGGANG CHUYA ni.. Mudah2an kena dengan selera :)

AYAM PANGGANG CHUYA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
A ~
1 sb gula nisan ~ boleh gunakan gula melaka jika tiada gula nisan
2 sb gula perang
3 sb cili mesin
1/2 cawan air

B ~
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 in halia
1 in kunyit hidup
2 btg serai

1 ekor ayam
1 sk serbuk lada hitam
1 sb kicap
2 sb jus limau nipis/kasturi
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Ayam dipotong kecil atau boleh juga dipotong 4. Bersihkan dan toskan hingga kering.
Masak bahan A sehingga pekat.
Kisar bahan B dan masukkan ke dalam bahan A. Gaul hingga sebati.
Kemudian lumur rata pada ayam dan perap 3 - 4 jam (lagi lama lagi baik)
Panaskan oven dengan suhu 220C dan panggang ayam hingga masak. (boleh juga dimasak menggunakan pemanggang ajaib atau dibakar menggunakan arang/bbq)


~~~~~ # ~~~~~

AYAM PANGGANG
sumber : Liza@Intai Dapur

Bhn2 A:
3 s/b cili boh
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air
- masak semua hingga pekat

Bhn2 B:
4 ulas bawang pth
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 s/b sos lada hitam
5 s/b madu
Garam
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt

- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak..

Lebihan bhn perapan tu Liza masak hingga betul2 pekat dan curah atas ayam panggang masa hidang...



Tuesday, August 19, 2014

CHEESY TART NENAS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah biasa sgt dgn Tart Nenas versi gulung kan.. Kali ni kita cuba kaedah baru bagi Tart Nenas. Idea ni K.Nor dpt dr Kak Nooriah Naim @ Mak Tok yg tinggal di Brunei nun.. Tak ada bezanya dr Tart Nenas gulung kecuali kaedah membentuk tart dan sedikit penambahan cheese yg diparut yg ditabur di atas tart sebelum dibakar.


Bila ditambah cheese semestinya rasa tart lebih enak, lemak2 masin yg bersekali dgn rasa masam2 manis jem nenas. Nak buat pun senang, kejap jer siap satu adunan. Main gentel2 jer tak serenyah mcm buat tart gulung. 

Resipi yg K.Nor guna ni, adalah menggunakan resipi Tart Nenas Gulung yg selalu K.Nor guna tu cuma ditambahkan sedikit tepung. Kalau utk versi gulung kita perlu doh yg lembut sedikit supaya mudah nak picit tp kalau utk versi gentel bulat ni perlu la ditambah tepung supaya tak terlalu lembut, nanti melekat jer kat tangan..


Selamat mencuba!

CHEESY TART NENAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur

3 1/4 cawan tepung gandum + 3 sudu besar
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
jem nenas secukupnya ~ digentel bulat
parutan keju cheddar secukupnya
papercup

hiasan:
1bj kuning telur *
1 titik pewarna kuning *
1 sudu air * ~ ketiga bahan ini dibancuh sebati

Cara2:
Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar supaya doh mesra.
Ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian leperkan sedikit dan letak jem nenas.
Tutupkan balik dan gentel menjadi bulat.
Letakkan ke atas loyang yg dah dialas baking paper dan ulang lg proses membentuk hingga penuh loyang atau sehingga adunan habis.
Sapukan bancuhan kuning telur ke atas tart nenas dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar sehingga masak dengan suhu 175 - 180C.
Angkat dan masukkan ke dalam papercup dan letak atas redai/rack sehingga tart sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Thursday, August 14, 2014

ACAR IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yg dibuat dlm bulan puasa aritu, tak sempat on air kat sini.. Resipi ACAR IKAN MASIN ni K.Nor ambil kat dapur CMG. Memang sedap dan menjadi pembuka selera bila berbuka. K.Nor guna ikan talang masin yg tak berapa nak tebal isinya. Jadi tak berapa nampak sgt la rupa ikan tu dlm gambar ni.. 


Mekasih kepada CMG yg memanjangkan resipi ni dan juga kepada owner asal resipi iaitu Allahyarhamah Noreen Noor. Semoga perkongsiannya ini memberi rahmat berpanjangan buat arwah... amiin..

ACAR IKAN MASIN
sumber : CMG@Tiffinbiru
BAHAN-BAHANNYA :
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :
Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.


Monday, August 11, 2014

BISKUT SAMPERIT SUSU

ASSALAMUALAIKUM...

Entri pertama setelah cuti raya.. Kita mulakan dengan resipi BISKUT SAMPERIT SUSU. Saja menerai resipi baru (tak la baru kalau dikira dlm pasaran alam maya, tapi baru bg K.Nor sbb ni 1st time mencuba resipi ni) sekadar nak dijadikan tambahan dalam koleksi kukis raya di dapur SecubitGaramNor67 ni..


Resipi ni K.Nor dapat hasil dari google, mula2 terjumpa di dapur Mas, lepas tu Mas dapat dari Ana dan Ana dah edit dari Zack dan seterusnya. Mekasih pada empunya resipi asal Biskut Samperit Susu ni. Terima kasih juga pada yg telah memanjangkan resipi ni.. Memang sedap, lemak dan cair dalam mulut... 


BISKUT SAMPERIT SUSU
sumber asal : Farah Salleh (FB), Zack &  Mas Duniaku
olahan : Anna Qawina
sumber : K.Nor@Secubitgaram

Bahan:
125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

* kebetulan masa nak godek biskut ni, tepung jagung tak cukup. jadi k.nor campur dgn sedikit tepung superfine (k.nor tak guna tpg gandum sbb tepung superfine ni teksturnya lebih halus dari tepung gandum kan..) dan k.nor kurangkan sket sukatan dari resipi asal dan resipi yg Ana dah edit. Alhamdulillah.. biskut yg dihasilkan menjadi dgn elok dan kelopak bunganya tak lepek/benyek. dan tak la terlalu rapuh bila nak pegang :)
* untuk satu adunan penuh (tak ikut sukatan yg Ana dah edit), ni bahan2 yg K.Nor gunakan:

250gm susu pekat manis
250gm butter
390 tepung jagung
90 tepung superfine

* satu tip utk dptkan hasil kelopak yg cantik dan tak collapse masa proses pembakaran.. 
~ picit/paipkan/bentukkan adunan membentuk bunga hingga habis dan biarkan ianya selama 1/2 - 1 jam sebelum dibakar (lg lama lagi baik)
~ dengan cara ni doh menjadi sedikit kering dan kelopak bunga lebih stabil (tidak lepek) bila dibakar..


Monday, July 28, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI









Wednesday, July 23, 2014

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Kita short2 talk ya.. Sebab masa tak mengizinkan nak long2 talk ^__^

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE, kek yg dibuat lama dah ni tp terperuk dalam folder. Saja la masukkan entri utk hari ni, mana tau ada yg duk tercari2 resipi kek butter yg mudah disediakan dan enak rasanya. Masa tak enak, ada cheese tu.. kat dalam dan yg ditabur atas kek.. 


Resipi hasil selongkar dapur alam maya Evelyn@MyBakingWorkshop.. Sapa yg tercari2 resipi kek utk dibuat bagi menyambut raya yg tak lama lg ni, boleh la skodeng kat dapur Lyn tu ya.. Tq Lyn for sharing the recipe.. K.Nor share kat sini lak ya.. :)

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
sumber : Evelyn@My Baking Workshop
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya:
A
250g butter
220g gula kaster

B
4 biji telur, gred A

C
80g cheddar cheese, potong dadu
20g chocolate rice ~ k.nor skip

D
100ml susu segar
E
280g tepung gandum / superfine
1 sk baking powder

F (untuk ditabur)
Parutan Cheddar cheese, secukupnya
Almond flakes, secukupnya
Chocolate rice, secukupnya ~ k.nor skip

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu.
3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.
4. Masukkan pula bahan C, gaul sebati.
5. Kemudian, masukkan D & E berselang seli. Gaul sebati.
6. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Taburkan bahan F atasnya. Bakar selama 45 min atau hingga kek masak. Sejukkan baru dipotong.



Monday, July 21, 2014

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi asal puding ni K.Nor ambil kat fb, kebetulan terpampang kat wall bila ada yg share. Bila tengok resipi yg mudah dan nampak sedap jer tu, terus terfikir nak mencuba dan snap shot resipi menggunakan ipad. Resipi tersebut dipost oleh satu page, maaf sgt2 sbb K.Nor dah lupa nama page tersebut. Masa tengok screenshot tu, nama page tu terpenggal hehe.. Jadi tak dpt lah K.Nor nyatakan sumber asal ataupun tuan empunya asal resipi. Nanti kat resipi yg diletakkan dibawah ni K.Nor hanya hanya nyatakan ianya sumber dari fb ya.. Kalau empunya resipi kebetulan terbaca, sila tinggalkan komen di bawah entri supaya dpt K.Nor edit balik. 


Puding ni dah 2x K.Nor buat sejak bulan puasa ni. Kali pertama buat satu adunan yg tak ada episod derhaka. Hasilnya Alhamdulillah.. sedap, tak manis sgt cuma part puding tu bg K.Nor agak keras sedikit. Cik Abe pun komplen hal yg sama (sebenarnya kedua2nya suka tekstur puding yg sedikit lembut tp bukan lembik ya..) Jadi untuk kali ke2 buat, K.Nor dah edit situ sini dan tambah sedikit bahan lain. K.Nor akan sertakan sekali resipi yg K.Nor dah edit, dibawah pada resipi asal nanti. 

Mekasih pada empunya resipi dan yg berkongsi resipi PUDING SUSU BUAH-BUAHAN di fb.

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
sumber : facebook
sumber K.Nor

Bahan:
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara2:
Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad.
Masukkan buah koktel
Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung kastad. Campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.

          ~~~~~~~~~~~

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
sumber asal : facebook
olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 3/4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 tin fruit cocktail ~ asingkan airnya

Cara2:
Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
Pukul telur dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Masak hingga mendidih
Kemudian masukkan campuran telur, tepung kastard dan mentega. Kacau hingga sebati dan mentega menjadi cair.
Masukkan pula fruit cocktail.
Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah:
300ml susu cair
300ml air
air dari fruit cocktail
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara: 
Masukkan susu cair, air, gula dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau sebati.
Panaskan seketika, tak perlu sampai mendidih. Cukup sekadar suam2 panas sahaja.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air dari buah cocktail.
Kacau dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan dlm peti ais dan hidangkan sejuk bersama puding.



Wednesday, July 16, 2014

PAJERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM....

Di bulan Ramadhan ni, menu PAJERI NENAS mmg membangkitkan selera time berbuka kan.. Sebelum ni K.Nor dah cuba beberapa resipi Pajeri Nenas, kali ni mencuba pula resipi dari blogger lain iaitu Ratna@Madiha.


Tak banyak berbeza dgn resipi2 Pajeri Nenas yg lain, namun hasilnya mmg tak mengecewakan.. Jom la mencuba resipi dari Ratna ni kalau teringin nak makan Pajeri Nenas :)

Tak leh nak ngomel panjang2, kalau ikutkan hati nak buat WW jer td :)

PAJERI NENAS
resepi : MaDiHaA aka Ratna
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2
1 biji nenas biasa (morris atau josephine) ~ dikupas & hiris sesuai selera
3 cawan santan sederhana pekat (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan*
3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (yang dah siap ditumbuk homemade ya)
Garam secukup rasa
serbuk perasa

Bahan hiris halus
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus ~ MaDiHaA tak letak pun masih sedap juga)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.


Monday, July 14, 2014

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN

ASSALAMUALAIKUM...

Musim durian kembali lagi.. Sana sinun, berlonggok2 org jual durian di tepi jalan. Masa ke Kota Bharu baru2 ni pun, suasananya sama juga.. Bila tiba musim durian, buahan lain ikut sama keluar spt manggis, rambutan.. dan sayur yg tak terkecuali iaitu petai.. K.Nor bukan peminat tegar durian tp kalau manggis dan rambutan.. org kata mmg antu betul  ^__^


Kebetulan beli ikan patin baru2 ni, terasa nak buat masak tempoyak. Jadi merajinkan la diri menggugel resipi masak tempoyak. Guguel punya gugel, landing kat dapur Azie. Dengan resipi Masak Tempyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh, buat K.Nor teringin nak mencuba. Semua tau kan, kalau bab masak tempoyak, Temerloh la tempat yg pemes. 


Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba resipi Azie ni.. Memang best! Cik Abe yg peminat masak tempoyak siap hirup2 kuah sampai habis.. ngeeee... Tambah lagi digandingkan dgn sambal belacan, terung yg digril dan ulam raja. Kedua2nya dr my little farmville.. Terung tu gril biar hangus2 sket.. lagi wangi bau dia.. perghhh.. Ni jer la menu yg dimasak aritu.. Simple tp sangat menyelerakan 

Mekasih pada Azie yg berkongsi resipi, izinkan K.Nor share kat sini ya..


MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN Versi Asli Temerloh
resipi : Azie Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - optional untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

* utk sekor ikan patin, k.nor guna 3 cawan air dan 4 sudu besar tempoyak


Thursday, July 10, 2014

DAGING DENDENG PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Sebut tentang Daging Dendeng, teringat suatu masa dulu K.Nor pernah masak menu Ayam Dendeng. Masa tu, dah abis SPM. Dah tak ada rezeki nak masuk menara gading, duk rumah belajar masak2 jer la. Dah lupa dapat dari mana resipi Ayam Dendeng tu, kalau tak silap dari rancangan masakan kat tv kut. Arwah ayah K.Nor suka sgt makan Ayam Dendeng ni. Walaupun renyah nak membuatnya, tapi bila org makan dgn berselera mmg cukup puas hati kan..

Cara masaknya pun lebih kurang dgn Daging Dendeng, yg mana ayam perlu direbus dahulu, kemudian diketuk sekadar pecah2 jer. Pastu digoreng kejap dan lepas tu baru dibuat sambal atau bumbunya.. Memang sedap.. Nanti la kalau berkesempatan atau kalau angin ghajen datang, K.Nor try balik buat menu tu dan post kat dapur alam maya ni :)


Berbalik pada menu kali ni, Daging Dendeng Pandan oleh Ummi Zaihadi.. memang syok layan masakan ni.. Menyelerakan, tambah lagi pekena dgn nasi putih panas2.. Ratah aje lagi la sedap hehe...K.Nor cuma buat separuh jer dr resipi di bawah ni. Almaklum ler.. yg makannya hanya 2 mulut aje.. Yer la.. zaman kembali berdua ni.. Kalau time weekend baru meriah sikit kalau anak2 dan menantu balik :)

DAGING DENDENG PANDAN
resepi: Ummi @ Home Sweet Home
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.


Tuesday, July 8, 2014

OREO CHEESE DELIGHT

ASSALAMUALAIKUM..

Sekali lg menu berkait dgn cheese. Memang antu cheese nih.. :)

Weekend baru2 ni duk verangan nak buat dessert yg ada cheese. Kebetulan Along dan isteri dia serta Naim ada balik, so si tukang masak merajinkan diri menggodek demi nak melepaskan gian nak mendessert.. Kalau buat time berdua jer dgn cik abe mana syok, nanti sapa nak tulun perabiskan. Bila anak2 ada ni, lain citernya kan.. Lagipun, time menantu ada ni la nak membuli dia hehee.. Tak ada la.. tak buli pun, ajak dia bantu jer.. Lagipun dia suka jer bantu K.Nor memasak atau mendessert, sekurangnya dia dpt belajar dlm masa yg sama.. Tak gitu :)


Sambil bukak entri dessert yg lepas2, K.Nor cuba combinekan resipi lain hasil dari kerja menggoogle. Alhamdulillah.. lahir satu resipi yg menggunakan bahan asasnya biskut oreo, cream cheese dan whipping cream. Rasanya seakan oreo chilled cheesecake. K.Nor tak buat sebiji yg besar tapi gunakan gelas2 comel yg saiznya besar sedikit dr biskut oreo dan kebetulan ada lebihan adunan cheese, K.Nor gunakan dessert cup. Bila buat dlm bekas kecik2 gini, senang nak makan, tak perlu potong2..


Bagi penggemar Oreo Cheesecake atau dessert yg berkait dgn cheese, jom cuba resipi mudah ni.. Insyaallah, saaaaaaaaaaangat sedap ^____^


OREO CHEESE DELIGHT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 pek biskut Oreo (asingkan 3 keping utk dikisar)
250gm cream cheese
40gm gula castor
250gm non dairy whipping cream
12gm serbuk gelatin ~ k.nor guna halalgel  
50ml air panas
1 sk jus lemon (boleh gantikan dgn lemon paste)
1 cawan susu segar ~ panaskan sebentar

Cara:
Masukkan gelatin kedalam mangkuk berisi air panas. Kacau sebati dan biarkan kembang.
(Sekiranya masih ada ketulan bolehlah dipanaskan sekejap dgn kaedah double boil)
Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan.
Pukul pula cream cheese bersama gula castor dlm mangkuk berasingan hingga gebu.
Masukkan gelatin dan juga jus lemon.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi kedalam adunan cheese.
Gaul dengan spatula sehingga keduanya sebati.

Cara assemble :
Masukkan adunan cheese kedalam piping bag.
Paipkan sedikit adunan ke dalam gelas/mangkuk.
Celupkan sekejap oreo ke dalam susu fresh (jgn celup terlalu lama nanti biskut menjadi lembik) dan letakkan di atas adunan cheese tadi.
Paipkan kembali adunan cheese di atas biskut oreo dan ulang sekali lg step sebelumnya.
Ikutlah nak buat berapa layer yg disukai, mengikut kesesuaian gelas/mangkuk yg digunakan.
Buat sehingga habis.

Hiasan:
Ambil 3 keping biskut oreo dan buangkan cream yg ditengahnya.
Kisar dlm pengisar kering hingga halus.
Taburkan di atas Oreo Cheese Delight yg telah siap tadi dan sejukkan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

nota:
1. cream cheese : boleh guna philadelphia (kraf) atau tatura
2. 12gm serbuk gelatin lebih kurang 1 1/2 sudu besar (gunakan sudu metrik ya)
3. susu segar boleh digantikan dgn susu tepung yg dibancuh dengan air suam