Friday, June 27, 2014

CHOCOLATE CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Asyik2 tayang kek.. nak buat camana, gambo kek jer yg ada dlm folder. Ada dua tiga lg gambo masakan yg sempat K.Nor shoot masa dlm 'percutian' aritu, tak tau hilang ke mana. Jadi kita tayang kek aje la yg kebetulan masih ada dlm folder ni. 


Resipi CHOCOLATE CHEESECAKE ni K.Nor amik kat dapur Evelyn, si tokey kek yg sangat mengancam hasil tangannya. Memang kagum dgn hasil kerja Lyn ni.. Memang cun melecun.. Kek yg dihasilkan memang sentiasa memukau mata dan hati pun sentiasa tertarik nak mencuba.. Kek yg menjadi kegemaran suami Lyn ni mmg ternyata amat sedap.. sangat2 sedap tau.. Tak rugi mencuba.. Mekasih Lyn sudi berkongsi resipi kek yg mabeles ni.. Insyaallah akan dibuat lagi lain kali :)


Sebenarnya kek ni K.Nor buat awal bulan Febuari aritu, sempena birthday Luqman yg jatuh pada 2 Feb dan juga buat ahli baru dlm keluarga K.Nor, iaitu menantu K.Nor, Fatin yg mana birthdaynya awal sehari dari Luqman, 1 Feb. Senang ler kan nak celebrate birthday dia org lepas ni. Boleh buat sekaligus jer. hehe



CHOCOLATE CHEESECAKE

sumber : Evelyn@My Baking Workshop

Kek:
1. Sediakan 1 biji moist chocolate cake / chocolate spongecake bersaiz 9 inci (guna apa2 resepi pun boleh).
2. Potong kek kepada dua bahagian. Resepi ini menggunakan satu bahagian kek sahaja.
3. Sediakan springform pan bersaiz 9. Griskan sedikit dasar loyang dengan butter. Balutkan loyang dengan aluminium foil. Masukkan satu lapisan kek tadi. Ketepikan.

* k.nor guna 1/2 dari adunan resipi Kek Coklat ni.
* lain kali nak guna loyang 8" supaya kek lebih tinggi sket :)

Ganache:
250g cooking chocolate, dicincang
200g whipping cream
1 sb butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga berbuih di tepi2 periuk.
2. Tuang atas coklat yang dicincang. Gaul perlahan2 hingga coklat cair sepenuhnya.
3. Masukkan butter, gaul rata. Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras & konsistensinya sesuai untuk disapu atas kek.

Cheese filling:
A
250g cream cheese
35g gula kaster
1 sk esen vanila
B
30g tepung gandum

C
2 biji kuning telur

D
100g whipping cream

E
2 biji putih telur
50g gula kaster

Cara2 membuat filling:
Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.
Masukkan B, pukul sebati. Masukkan C satu persatu, pukul lagi.
Masukkan pula bahan D, pukul sebati.
Kemudian, dalam mangkuk yang lain pukul bahan E hingga kembang & bertanduk. Satukan dengan adunan tadi (langkah 3). Gaul sebati atau mixer sekejap dalam 30 saat.
Tuang adunan filling kedalam loyang berisi kek yang disediakan tadi. Bakar guna teknik water bath selama 1 jam pada suhu 160 C. Guna api bawah sahaja.
Bila kek sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk semalaman atau hingga kek keras & sejuk.
Hiaskan kek dengan ganche & parutan coklat jika suka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rasanya ni entri terakhir sebelum Ramadhan tiba, jadi dikesempatan ini K.Nor ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung SecubitGaram yg beragama Islam. K.Nor juga ingin memohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata2 yg ada mengguris rasa, terlebih lawak dan gurau senda sepanjang K.Nor berblogging.. sepanjang tempoh yg mengenali diri K.Nor di alam nyata maupun di alam maya.. Harap dimaafkan ya.. Semoga Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yg lebih baik dari Ramadhan yg sebelumnya.. Juga semoga Ramadhan kali ini adalah bukan Ramadhan yg terakhir buat kita semua... amiinn.....


Wednesday, June 25, 2014

COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE with BLUEBERRY DOT DOT :)

ASSALAMUALAIKUM...

Berbicara lagi di dapur alam maya dgn entri kek yg tak pernah jemu dimakan.. Memang sentiasa mendapat tempat di hati penghuni Teratak Tengah Padang :)


Dah pernah buat bermacam versi dgn resipi COTTONSOFT JAPPANESE CHEESECAKE ni. Selain dr buat resipi asal tanpa versi derhaka, pernah buat versi NEOPOLITAN, pernah buat versi DOUBLE LAYER, dan pernah buat versi marble (tak post sbb lepas potong terus ngap hehe). Kali ni K.Nor buat versi letak blueberry filling. Sebelum tu letak dulu selapis adunan kek baru paipkan blueberry filling secara melintang. Sori la lupa nak snap gambo semasa proses membuat kek ni..

Hasilnya, sudah pasti lebih enak, bila digandingkan lemak2 cheesecake dgn filling blueberry yg masam2 manis tu kan.. yummehhhh..


COTTON SOFT JAPPANESE CHESECAKE
sumber : Alma MyResipi

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


Friday, June 13, 2014

ROTI SARANG LEBAH

ASSALAMUALAIKUM...

Warning awal2 ya.. Ni entri tertunggak, bermakna masakan yg dibuat dah lama, bukan yg arini atau semalam punya. Memang dah lama sangat ni, masa tuan blog duk berhibanate sepanjang 6 purnama yg lalu hehe.

Seperti yg ramai maklum, fenomena Roti Sarang Lebah ni bermula di facebook oleh Lydia Honey. Memang cukup pantas virus roti ni menular. Masa baru2 heboh tu K.Nor masih buat derk jer.. Tak terasa sgt nak ikut terjangkit virus roti ni.. Tapi akhirnya tumpas bila Mek Siam yg dah tak lg Siam, dah bertukar menjadi Mek Jepun sejak pindah menetap di Jepun bersama familinya. Roti Sarang Lebah yg dihasilkan Ika/Ijah mmg cantik sgt.. sampai ada yg kata, Roti Ratu Lebah.. hehe.. mmg tak leh nak buat derk lagi.. selang beberapa hari, K.Nor pun turut sama terjangkit virus Roti Sarang Lebah.. 


Alhamdulillah.. mmg patut sangat ler roti ni menjadi fenomena di alam maya, dan dah ramai yg menjadikannya hasil jualan. Memang sedap, bila dimakan dgn Sos Butterscotchnya tu. Tapi kan.. hehe.. rasanya dah ramai yg maklum, K.Nor mmg suka sket menderhaka pd resipi. K.Nor tak guna resipi doh Lydia guna tu sebaliknya K.Nor guna resipi doh roti lain iaitu resipi Sponge Dough yg juga femes di fb. Resipi ni K.Nor amik kat dapur Izah. Memang dah acapkali K.Nor guna resipi doh roti ni. Memang sgt puas hati dgn kegebuan dan kelembutan roti yg dihasilkan. Doh yg dihasilkan agak lembik/sticky, tp bila kena kaedah atau cara membentuknya, insyaallah tak jadi masalah.

Jadi terpulanglah pd selera masing2, nak guna resipi doh yg asal dr Lydia atau mana2 resipi basic dough yg biasa digunakan. Cuma kalau boleh doh tersebut jgn terlalu manis sbb nanti kita nak curahkan sos butterscotch di atasnya. Sos butterscotch ni mmg manis sket sbb tu K.Nor tak curah banyak atas roti. Ikut la selera anak tekak masing2 ya.. suka manis, curah jer la berladung/melimpah ruah.. hehe


MINI BUN SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Di bawah ini adalah resipi yg K.Nor gunakan utk membuat roti/bun bg ROTI SARANG LEBAH.

ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
sumber : Izahdaut & K.Nor


Doh span (A)
420gm tpg highprotien
250gm air5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air

Campur semua bahan kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A)..mix n masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jd doh yg licin dan elastik. Rehatkan 10min pastu bentukkan.


Tuesday, June 10, 2014

APAM KAMPUNG PERISA PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pembuka bicara.. setelah menyepi lebih dr 6 purnama, kini kembali bersua muka di dapur alam maya yg telah kusam dan suram.. Kalau rumah yg tak berpenghuni tu, dah banyak sarang labah2, penuh dgn debu kekotoran.. dan pastinya semak samun beraja di halaman rumah juga kan.. Nak buat camana, perancangan ALLAH mengatasi dr perancangan hambaNYA..

Nak memulakan bicara ni pun banyak halangannya.. Dah lama tak mengarang, otak jd kehilangan idea.. Lebih banyak termenung mengadap skrin pc dr jari2 menari mengetuk keyboard hehee... Harap memahami ya.. Bukan senang nak kembali blogging, kembali menghapdet, kembali mengedit gambar setelah 6 bulan tak melakukannya.. Tambah lg kalau dulu hanya guna photoshop CS3 skrg, terpaksa guna yg lebih advance CS6.. adeehhh... merangkak2 K.Nor nak guna.. almaklum ler.. umur dah masuk senja nih.. :) Kalau gambar tak sama kecerahan, tak seelok gambar dolu2.. harap maaf ya.. Memang kena amik masa nak mahirkan diri dgn CS6 ni, walau dikatakan lebih mudah, lebih hebat.. 

Kita ke resipi pertama, setelah sekian lama bercuti.. Pot pet seterusnya akan disusuli dibawah resipi bagi entri kali ni ya.. ^___^


Resipi APAM KAMPUNG PERISA PANDAN ni K.Nor ambil dr dapur YatieMemories, yg terkenal dgn kuih2 tradisional, terutamanya kuih2 yg dikukus. Tak rugi mencuba resipi dari Yati kali ni, mmg sedap. Lembut jer apam yg dihasilkan dan enak dimakan gitu aje tanpa kelapa sepertimana kebiasaan apam yg lain kan. Memang rekomended la resipi apam ni. Mekasih pd Yati yg sudi berkongsi resipi APAM KAMPUNG ni. Kalau nak tukar pd perisa lain spt rose pun boleh juga, cuma tukarkan paste pandan ke perisa/sirap rose.. Selamat mencuba.


APAM KAMPUNG PERISA PANDAN
resipi : YatieMemories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
2 sudu kecil rata yis mauripan
1/4 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus

Bahan B
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1 1/4 cawan air
secubit garam
1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-Cara :
Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
Lenserkan loyang 9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
**Kalau guna acuan spt di atas, kukus selama 20 minit. Sebelum tuang adunan, sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.


~~~~~ *** ~~~~~

Saja la tak nak kacau entri/resipi dgn pot pet yg panjang2..  Sebab tu K.Nor taip kat bawah ni ^___^

Ada yg rindu dgn entri dari SecubitGaram tak? Ke lebih rindu pada tuan dapur SecubitGaram... hehehe.. Kat fb pun dah jarang K.Nor lepak.. Sesekali jer masuk dan lepak pun kejap2 jer. Sejak buat keputusan nak bercuti dulu tu (plan asal nak amik annual leave dlm sebulan jer huhu) mmg K.Nor jarang online. Asalnya bercuti tu sbb nak buat persiapan perkahwinan Along pd awal Disember tahun lepas (iyer.. ai dah dapat menantu pun.. hehe.. Alhamdulillah..), terus bersambung dgn oven K.Nor rosak. Tak lama lepas tu, pc pulak KO terus.. Bertimpa2 ujian.. Tempahan kek pun terpaksa ditolak memandangkan oven rosak.. Mood nak blogging lagi la merudum. Nak mengupdate menggunakan ipad cukup tak selesa. Nak mengedit gambar bukannya reti guna ipad nih. Nak guna imac Cik Abe pun tak boleh sbb imac dia pun rosak.. bertimpa2 ujian menimpa..

Lepas tu sibuk lak dgn persiapan majlis sambut menantu di rumah K.Nor pada Mac lepas.. Pastu dah settle yg tu, ada dua tiga kes lg yg tak boleh nak dielakkan.. Tu la yg buatkan cuti bersambung2.. mood blogging pun dah jd suam2 kepala lutut.. hehehe..

Kalau ikutkan mmg dah agak berat hati nak menyambung blogging.. Dah agak selesa dgn kehidupan seharian yg tak perlu nak pikir apa entri nak buat esok.. apa nak masak/baking utk dijadikan entri. Masa dan idea nak mengarang.. (tambah lg, kes ciplak gambar yg tak abis2, buatkan mood blogging bertambah hambar) Bg blogger masakan, mmg sedia maklum banyak yg perlu dilakukan utk menghasilkan satu entri. Memang menuntut banyak masa yg khusus jika nak menjadi blogger masakan. Tak boleh main tangkap muat jer, tak boleh main cincai aje. Tapi bila ada yg hantar email, ada yg bertanyakan kat fb dan wassap.. Bila K.Nor nak kembali blogging?... huhu.. kesian la pulak kan.. Kalau ikutkan dah banyak resipi2 yg K.Nor letakkan dlm blog ni utk dijadikan panduan mencari resipi dan memasak (yg simple dan mudah aje la.. yg leceh2, rumit2 tu.. mmg K.Nor pun tak minat sgt nak buat hehe) Tak per la.. K.Nor akan cuba utk update, walau tak sekencang dulu2 (pernah sampai 2 -3 entri sehari) cukup la sekadar 2 - 3 entri seminggu ya.. Insyaallah...

Kepada pengunjung setia SECUBITGARAMNOR67, K.Nor ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjengah mencari resipi2.. Kepada yg meninggalkan komen di mana2 entri tu, harap maaf sbb tak terjawap komen dan pertanyaan yg diutarakan.. Yg baik2 tu semuanya dari ALLAH juga.. yg tak elok tu dr kelemahan K.Nor semata2..  TERIMA KASIH...