Wednesday, July 16, 2014

PAJERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM....

Di bulan Ramadhan ni, menu PAJERI NENAS mmg membangkitkan selera time berbuka kan.. Sebelum ni K.Nor dah cuba beberapa resipi Pajeri Nenas, kali ni mencuba pula resipi dari blogger lain iaitu Ratna@Madiha.


Tak banyak berbeza dgn resipi2 Pajeri Nenas yg lain, namun hasilnya mmg tak mengecewakan.. Jom la mencuba resipi dari Ratna ni kalau teringin nak makan Pajeri Nenas :)

Tak leh nak ngomel panjang2, kalau ikutkan hati nak buat WW jer td :)

PAJERI NENAS
resepi : MaDiHaA aka Ratna
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2
1 biji nenas biasa (morris atau josephine) ~ dikupas & hiris sesuai selera
3 cawan santan sederhana pekat (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan*
3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (yang dah siap ditumbuk homemade ya)
Garam secukup rasa
serbuk perasa

Bahan hiris halus
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus ~ MaDiHaA tak letak pun masih sedap juga)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.