Monday, July 21, 2014

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi asal puding ni K.Nor ambil kat fb, kebetulan terpampang kat wall bila ada yg share. Bila tengok resipi yg mudah dan nampak sedap jer tu, terus terfikir nak mencuba dan snap shot resipi menggunakan ipad. Resipi tersebut dipost oleh satu page, maaf sgt2 sbb K.Nor dah lupa nama page tersebut. Masa tengok screenshot tu, nama page tu terpenggal hehe.. Jadi tak dpt lah K.Nor nyatakan sumber asal ataupun tuan empunya asal resipi. Nanti kat resipi yg diletakkan dibawah ni K.Nor hanya hanya nyatakan ianya sumber dari fb ya.. Kalau empunya resipi kebetulan terbaca, sila tinggalkan komen di bawah entri supaya dpt K.Nor edit balik. 


Puding ni dah 2x K.Nor buat sejak bulan puasa ni. Kali pertama buat satu adunan yg tak ada episod derhaka. Hasilnya Alhamdulillah.. sedap, tak manis sgt cuma part puding tu bg K.Nor agak keras sedikit. Cik Abe pun komplen hal yg sama (sebenarnya kedua2nya suka tekstur puding yg sedikit lembut tp bukan lembik ya..) Jadi untuk kali ke2 buat, K.Nor dah edit situ sini dan tambah sedikit bahan lain. K.Nor akan sertakan sekali resipi yg K.Nor dah edit, dibawah pada resipi asal nanti. 

Mekasih pada empunya resipi dan yg berkongsi resipi PUDING SUSU BUAH-BUAHAN di fb.

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
sumber : facebook
sumber K.Nor

Bahan:
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara2:
Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad.
Masukkan buah koktel
Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung kastad. Campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.

          ~~~~~~~~~~~

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
sumber asal : facebook
olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 3/4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 tin fruit cocktail ~ asingkan airnya

Cara2:
Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
Pukul telur dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Masak hingga mendidih
Kemudian masukkan campuran telur, tepung kastard dan mentega. Kacau hingga sebati dan mentega menjadi cair.
Masukkan pula fruit cocktail.
Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah:
300ml susu cair
300ml air
air dari fruit cocktail
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara: 
Masukkan susu cair, air, gula dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau sebati.
Panaskan seketika, tak perlu sampai mendidih. Cukup sekadar suam2 panas sahaja.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air dari buah cocktail.
Kacau dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan dlm peti ais dan hidangkan sejuk bersama puding.