Saturday, August 30, 2014

CRISPY WAFFLES

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama K.Nor tercari-cari resipi waffle yg crispy di luar dan lembut di dalam. Terbayang-bayang kesedapan waffle kat AnW. Memang suka sangat dengan waffle AnW tu.. Sejak ada WM baru ni, mula la duk menggugel resipi kat internet. Mula2 aritu menerai satu resipi yg ingatkan jenis crispy tp bila dibuat, keras ler pulok..

Percubaan kali ke2 menggunakan resipi lain pada pagi raya baru2 ni (kalau org lain, pagi raya dengan ketupat, rendang, nasi minyak, nasi himpit dan lain-lain tp K.Nor serve anak-anak dengan waffles .. khelassss gitu hehe.. yer la, si tukang masak tau anak-anak ni jenis tak suka sangat makan yang heavy pagi-pagi. kalau dpt yg ringan, tambah lagi jenis western, lagi la dia orang suka.. ) Alhamdulillah.. lebih baik dari yang sebelumnya tapi masih tak capai tahap kepuasan anak tekak K.Nor (pergghhh.. standard tinggi tuuu hehe) Pastu kali ke3 buat, masih resipi yang sama tapi lepas tu dapat idea untuk menderhaka pada resipi untuk menghasilkan waffles yang lebih crispy dan lebih sedap..


Akhirnya, 2 hari lepas baru la berkesempatan mengedit resipi yg asalnya dari Allrecipes.com. Edit situ sikit, sini sikit.. Alhamdulillah.. hasilnya lebih baik.. dan lebih menepati citarasa anak tekak K.Nor sekeluarga.. Waffles yg crispy di luar dan lembut di dalam.. Kalau resipi asal menggunakan minyak, K.Nor tukar kepada butter yang dicairkan (biasanya kalau batter yang diletakkan minyak atau butter yg panas, insyaallah batter tersebut menghasilkan kuih yg garing/crispy seperti karipap, cucur dan lain-lain..). K.Nor juga tambah sedikit lagi gula disebabkan waffles yg dihasilkan menggunakan resipi asal agak tawar. K.Nor tak la tambah banyak sangat, sekadar boleh dimakan begitu aje.. (K.Nor memang suka ngap waffle gitu aje.. sedap.. sebab tu perlu ditambah sedikit gula pada adunan sebab adunan asal hanya menggunakan satu sudu besar aje gula castor.. memang tawar sangat..)

Pada yang nak mencuba resipi waffles olahan K.Nor ni dialu-alukan.. dan kalau yang nak cuba resipi asal, juga dipersilakan.. no problemo ... Resipi asalnya di SINI ya dan resipi yg K.Nor letak kat bawah ni adalah setengah adunan dari resipi asal sebab dengan 1/2 adunan tu, boleh menghasilkan 6 - 8 keping waffles (mengikut saiz waffle maker masing-masing ya)

CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.


Tuesday, August 26, 2014

AYAM PANGGANG CHUYA

ASSALAMUALAIKUM...

Masa duk mencari2 resipi ayam panggang dengan bantuan pakcik gugel baru2 ni, K.Nor tertarik dengan resipi dari blog Intai Dapur. Kaedah menyediakan sos atau bahan perapan ayam tu yg sedikit berbeza dari resipi yg lain, di mana cili boh/mesin perlu dimasak dengan gula melaka terlebih dahulu hingga pekat. Pada pendapat K.Nor, kaedah ni akan menghasilkan rasa cili/sos yang lebih sedap. Biarpun kaedah ni mengambil lebih sedikit masa utk disediakan berbanding dengan resipi lain yg hanya bancuh sekaligus semua bahan-bahan perapan dan terus dilumurkan pada ayam, org kata worth it atau berbaloi bila dicuba .. insyaallah...

Tapi utk makluman, K.Nor tak ikut direct resipi/bahan yg digunakan dlm resipi yg Liza share tu. Bukan nak memandai-mandai derhaka resipi org lain, cuma sekadar menambah itu ini, mengikut citarasa K.Nor jer.. Bila kita masak sesuatu, kita rasa perlu tambah bahan ni sket, atau nak kurangkan itu sket, tak jadi masalah.. Kita masak ikut selera ahli keluarga kita yg nak makan. Dan kadang kala kita tak masukkan sesuatu bahan tu disebabkan tiada stok bahan tersebut di dapur kita kan.. Dan mungkin juga kita nak sub bahan tersebut dengan bahan yang lain.. So tak jd masalah kalau kita nak edit sesuatu resipi tu.. Kita yg masak dia, tak gitu ^___^



Alhamdulillah.. hasil dari resipi yg ditokok tambah tu telah menghasilkan ayam panggang yg sangat enak.. tu kata my food tester. Gravy yg dihasilkan memang menjilat jari... Ayam ni K.Nor panggang dlm oven jer.. Kalau nak panggang dalam kuali ajaib pun boleh dan kalau nak buat stail bbq lagi la sedap sbb dipanggang atas bara api.. Terpulang pada citarasa masing-masing ya...

Terima kasih pada Liza yg berkongsi resipi Ayam Panggang dan juga buat owner asal resipi tersebut. Disebabkan K.Nor dah edit beberapa bahan pada resipi tersebut jd K.Nor letak resipi tu dgn nama baru ya.. Kiranya diberi IC baru la kan.. hehe... Dibawah resipi baru ni, K.Nor akan letak resipi asal yg K.Nor ambil dari dapur Liza.. 


Selamat mencuba resipi AYAM PANGGANG CHUYA ni.. Mudah2an kena dengan selera :)

AYAM PANGGANG CHUYA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
A ~
1 sb gula nisan ~ boleh gunakan gula melaka jika tiada gula nisan
2 sb gula perang
3 sb cili mesin
1/2 cawan air

B ~
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 in halia
1 in kunyit hidup
2 btg serai

1 ekor ayam
1 sk serbuk lada hitam
1 sb kicap
2 sb jus limau nipis/kasturi
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Ayam dipotong kecil atau boleh juga dipotong 4. Bersihkan dan toskan hingga kering.
Masak bahan A sehingga pekat.
Kisar bahan B dan masukkan ke dalam bahan A. Gaul hingga sebati.
Kemudian lumur rata pada ayam dan perap 3 - 4 jam (lagi lama lagi baik)
Panaskan oven dengan suhu 220C dan panggang ayam hingga masak. (boleh juga dimasak menggunakan pemanggang ajaib atau dibakar menggunakan arang/bbq)


~~~~~ # ~~~~~

AYAM PANGGANG
sumber : Liza@Intai Dapur

Bhn2 A:
3 s/b cili boh
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air
- masak semua hingga pekat

Bhn2 B:
4 ulas bawang pth
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 s/b sos lada hitam
5 s/b madu
Garam
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt

- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak..

Lebihan bhn perapan tu Liza masak hingga betul2 pekat dan curah atas ayam panggang masa hidang...



Tuesday, August 19, 2014

CHEESY TART NENAS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah biasa sgt dgn Tart Nenas versi gulung kan.. Kali ni kita cuba kaedah baru bagi Tart Nenas. Idea ni K.Nor dpt dr Kak Nooriah Naim @ Mak Tok yg tinggal di Brunei nun.. Tak ada bezanya dr Tart Nenas gulung kecuali kaedah membentuk tart dan sedikit penambahan cheese yg diparut yg ditabur di atas tart sebelum dibakar.


Bila ditambah cheese semestinya rasa tart lebih enak, lemak2 masin yg bersekali dgn rasa masam2 manis jem nenas. Nak buat pun senang, kejap jer siap satu adunan. Main gentel2 jer tak serenyah mcm buat tart gulung. 

Resipi yg K.Nor guna ni, adalah menggunakan resipi Tart Nenas Gulung yg selalu K.Nor guna tu cuma ditambahkan sedikit tepung. Kalau utk versi gulung kita perlu doh yg lembut sedikit supaya mudah nak picit tp kalau utk versi gentel bulat ni perlu la ditambah tepung supaya tak terlalu lembut, nanti melekat jer kat tangan..


Selamat mencuba!

CHEESY TART NENAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur

3 1/4 cawan tepung gandum + 3 sudu besar
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
jem nenas secukupnya ~ digentel bulat
parutan keju cheddar secukupnya
papercup

hiasan:
1bj kuning telur *
1 titik pewarna kuning *
1 sudu air * ~ ketiga bahan ini dibancuh sebati

Cara2:
Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar supaya doh mesra.
Ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian leperkan sedikit dan letak jem nenas.
Tutupkan balik dan gentel menjadi bulat.
Letakkan ke atas loyang yg dah dialas baking paper dan ulang lg proses membentuk hingga penuh loyang atau sehingga adunan habis.
Sapukan bancuhan kuning telur ke atas tart nenas dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar sehingga masak dengan suhu 175 - 180C.
Angkat dan masukkan ke dalam papercup dan letak atas redai/rack sehingga tart sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Thursday, August 14, 2014

ACAR IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yg dibuat dlm bulan puasa aritu, tak sempat on air kat sini.. Resipi ACAR IKAN MASIN ni K.Nor ambil kat dapur CMG. Memang sedap dan menjadi pembuka selera bila berbuka. K.Nor guna ikan talang masin yg tak berapa nak tebal isinya. Jadi tak berapa nampak sgt la rupa ikan tu dlm gambar ni.. 


Mekasih kepada CMG yg memanjangkan resipi ni dan juga kepada owner asal resipi iaitu Allahyarhamah Noreen Noor. Semoga perkongsiannya ini memberi rahmat berpanjangan buat arwah... amiin..

ACAR IKAN MASIN
sumber : CMG@Tiffinbiru
BAHAN-BAHANNYA :
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :
Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.


Monday, August 11, 2014

BISKUT SAMPERIT SUSU

ASSALAMUALAIKUM...

Entri pertama setelah cuti raya.. Kita mulakan dengan resipi BISKUT SAMPERIT SUSU. Saja menerai resipi baru (tak la baru kalau dikira dlm pasaran alam maya, tapi baru bg K.Nor sbb ni 1st time mencuba resipi ni) sekadar nak dijadikan tambahan dalam koleksi kukis raya di dapur SecubitGaramNor67 ni..


Resipi ni K.Nor dapat hasil dari google, mula2 terjumpa di dapur Mas, lepas tu Mas dapat dari Ana dan Ana dah edit dari Zack dan seterusnya. Mekasih pada empunya resipi asal Biskut Samperit Susu ni. Terima kasih juga pada yg telah memanjangkan resipi ni.. Memang sedap, lemak dan cair dalam mulut... 


BISKUT SAMPERIT SUSU
sumber asal : Farah Salleh (FB), Zack &  Mas Duniaku
olahan : Anna Qawina
sumber : K.Nor@Secubitgaram

Bahan:
125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

* kebetulan masa nak godek biskut ni, tepung jagung tak cukup. jadi k.nor campur dgn sedikit tepung superfine (k.nor tak guna tpg gandum sbb tepung superfine ni teksturnya lebih halus dari tepung gandum kan..) dan k.nor kurangkan sket sukatan dari resipi asal dan resipi yg Ana dah edit. Alhamdulillah.. biskut yg dihasilkan menjadi dgn elok dan kelopak bunganya tak lepek/benyek. dan tak la terlalu rapuh bila nak pegang :)
* untuk satu adunan penuh (tak ikut sukatan yg Ana dah edit), ni bahan2 yg K.Nor gunakan:

250gm susu pekat manis
250gm butter
390 tepung jagung
90 tepung superfine

* satu tip utk dptkan hasil kelopak yg cantik dan tak collapse masa proses pembakaran.. 
~ picit/paipkan/bentukkan adunan membentuk bunga hingga habis dan biarkan ianya selama 1/2 - 1 jam sebelum dibakar (lg lama lagi baik)
~ dengan cara ni doh menjadi sedikit kering dan kelopak bunga lebih stabil (tidak lepek) bila dibakar..